Followers

::Menyelami Nota Hati Seorang Lelaki::

Tuesday, December 22, 2009
SALAM
 
baiklah semua
posting kali ni nak menjawab persoalan dari posting yang lepas
apa agaknya kaitan puisi yang lepas ngan posting kali ini
ha, sebenarnya NOTA HATI SEORANG LELAKI 
ni sebenarnya sebuah buku motivasi
yang saya baru habis baca
kakak saya yang bagi
sangat menarik
 

 

tengok kulit buku pun dah rasa ketenangan lantaran warna hijau yang digunakan
penulis buku ni memang tak asing lagi
USTAZ PAHROL MOHD JUOI
kalau anda pernah dengar lagu nasyid PUTERIKU SAYANG nyanyian HIJJAZ
USTAZ PAHROL la penulis liriknya
saya suka pada lirik hasil tulisannya sebab sangat puitis
(tambah lak ustaz ni bapa kawan saya time kat matriks dedolu)

kembali pada tajuk...

NOTA HATI SEORANG LELAKI ni memang sangat bagus
tulisannya memang santai
buku ni bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki
tapi ada juga menyentuh isu RUMAH TANGGA,PENDIDIKAN, MORAL,EKONOMI,POLITIK dan lain2

terbahagi kepada 4 bahagian yang masing2 mengandungi pecahan tajuk yang menarik perhatian. antaranya:
 
NOTA HATI SEORANG ANAK
  • Dialog di pusara ayahanda
  • Seni menjaga hati ibu
NOTA HATI SEORANG SUAMI
  • Cinta pertama VS Cinta utama
  • Kalau hati baik, Wajah sentiasa cantik
  • Seronoknya kahwin bukan untuk berseronok-seronok
NOTA HATI SEORANG AYAH
  • Merancang 'mati' untuk hidup
  • Juara yang ingin jadi no.2
  • Darah atau syahadah
NOTA HATI SEORANG DA'IE
  • Selamat pendek umur
  • Maafkan agar dimaafkan
  • Bertutup tapi terbuka
...dan banyak lagi
jadi gadis yang sedang bercinta tu, bolehlah hadiahkan pada teman laki anda
biar diorang baca tambah ilmu sebelum jadi ketua keluarga

isteri lak boleh bagi pada suami sempena ulangtahun perkahwinan
ibu boleh bagi pada anak lelaki
dan anak boleh bagi pada ayah

tak la mahal harganya
RM20 - SEMANANJUNG
RM22 - SABAH SARAWAK

lagi elok dari guna duit tu wat beli majalah yang tak berfaedah

ok la itu saja...
SYUKRAN JAZILAN

p/s : terus insaf tyme tulis posting ni...



0 comments:

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates