Followers

2 ::Layan Jiwang Sebentar::

Sunday, January 24, 2010
yeszaaaa

da first video
aku post dalam blog terindah ni
layan je
memang masyuk



Read more

3 :: Sehangat MAGGI Kari Letop Yang POWER ~ 1::

SALAM POWER

uish,
gawat ni
dah 4 hari tak hapdate blog yang tertampan ni
kesian lak kat peminat blog aku semua
menanti posting baru
(statement yang sangat poyoz)

minggu ni minggu tersibuk
di UMS ni sedang hangat dengan pilihanraya kampus
macam universiti di semenanjung
ada la terlibat sikit dengan melobi geng-geng aku ni
bawah ni gambar time pengenalan calon yang berjalan malam semalam
ni je aku boleh lapor untuk posting kali ini
nantikan bahagian-bahagian seterusnya
maaf sebab kualiti gambar adalah di bawah standard ISO 9002
sebab pakai kamera berkuasa 2mp

papepun layan jela




 
 

Read more

6 ::Tipu Dalam Diam::

Tuesday, January 19, 2010
SALAM KEMBALI

rindu jugak nak hapdate blog
mula-mula pasang niat nak hadkan penghapdetan blog
disebabkan assignment kian menggila
tapi dah ketagih nak buat macam mane
orang hisap rokok pun kalau pagi puasa

kalau tak hisap dah macam nak separuh mati dah

dah-dah
merewang sudah aku ni
kembali kepangkal jalan ...

kalau hangpa ada facebook
mesti pernah perasan kewujudan beberapa group
yang dakwa menawarkan aplikasi terbaru
khusus untuk pengguna facebook

macam
boleh tengok orang yang tengok profile kita




boleh tukar theme lain


boleh tukar aplikasi chat kepada bentuk lain



betul-betul bijak diorang ni untuk meramaikan group ni
step nak tambah aplikasi semua tu
mula-mula kena join dan suggest kepada orang lain

maka akhirnya ramailah yang join group-group ni
tapi hakikatnya diorang ni kena tipu
sampai sumpah seranah kat wall group ni


lawak jugak gelagat diorang ni

HANGPA MESTI PERNAH JOIN JUGAK KAN?
TAHNIAH KERANA SAMA-SAMA KENA TIPU...HAHAHAHA











Read more

2 ::Penyelamat Agama Kononnya::

Monday, January 18, 2010
hebat juga penangannya
bila si Herald mahu 'mengambil' ALLAH
dengan pantas 'penyelamat' maruah Islam
terus beraksi
habis semua angkatan rakyat keluar memberontak
memepertahankan ALLAH dari si Herald
kata mereka
"ALLAH hanya untuk kami"

"jangan sesekali rampas dari kami"

hebat sang penyelamat AGAMA
sanggup meng'gajah'kan khabaran
yang tidak perlu dihebohkan
kerna ALLAH itu untuk semua
tak kira tua atau muda
mahupun pengikut Herald dan juga umat Islam

tabik pada sang penyelamat maruah ISLAM
kerana kebisingannya
ENJIN YANG TERBANG
MINYAK YANG MEMBERANG
dan KENAIKAN HARGA GULA
dapat disembunyikan dengan jayanya

SYABAS DAN TAHNIAH






Read more

4 ::Edit Photo Contest::

Saturday, January 16, 2010
masuk lagi contest
kali ni anjuran KAK CIK ROS


klik gambar di atas untuk ke link contest

syarat-syarat adalah seperti berikut : 

  • gambar mestilah gmbar korang..solo atau paling ramai bertiga...(baik solo, kalo rmai nnti menang kena lak share hadiah..=)
  • kreativiti perlulah tulen, asli dn bkn cetak rompak ye...xbaik pirate2 ni..hehe..
  • korang kena letak pic/banner kata atas tu kat side bar korang dan link pada contest ni ek...nnti cik ros nk wat sportcheck sape yg join contest ni...hehe..
  • kalo nk follow..follow lah..kalo xnk pn xpe..bkn pe..sng korang nk update pe2 psl contest ni..hehe
ni lak aku punya gambar
biasa-biasa je
guna 
adobe photoshop
dengan 
photoscape



jom la join ramai-ramai
lagi ramai lagi banyak hadiah CIK ROS kena sediakan
dan makin banyak kena sediakan makin pokai lah beliau

itu saja...
Read more

0 ::Segalanya Jumaat::

Thursday, January 14, 2010
SALAM LAGI SEKALI

hari ni aku rajin sikit nak menaip ni
still tak sibuk lagi dengan assignment
ni kira backup untuk hari yang akan datang
kalau-kalau aku tak sempat nak hapdate

esok 15hb JANUARI

dikhabarkan ada gerhana matahari separa 

bukan separa telap ye tuan-tuan dan puan-puan

teringat kat cerita HEROES.time eclipse semua kuasa hilang.
maka terserlah diri mereka yang sebenarnya...


dan yang paling penting
esok adalah hari JUMAAT
PENGHULU SEGALA HARI
kalau hangpa sedar sebelum ni
semua tarikh penting
terutamanya peristiwa ISLAM
macam

HARI RAYA HAJI

AWAL MUHARAM

berlaku pada hari JUMAAT

dan esok sekali lagi
fenomena alam ciptaanNYA
berlaku pada hari JUMAAT
boleh tengok di sini bila ia dijangka berlaku kat kawasan hangpa

teratur sungguh perancangan ALLAH itu

"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang"


p/s : yang penting jugak, esok adalah hari bersejarah untuk aku...
bertunang? eh, bukan la..tunggu jela posting aku esok..




Read more

1 ::Berus Memberus::

SALAM

rasa tak best pulak kalau tak hapdate
walau miss sehari pun

baiklah
kali ni aku nak inform pada photoshop maniac
mungkin link ni akan membantu anda


ni link untuk download segala macam brush untuk
adobe photoshop
memang heaven lah kat sini
banyak betul design brush yang ada

dulu-dulu aku design grafik atau poster program
yang simple gile la
lepas dapat tahu ada laman web yang boleh download free brush ni
terus setiap hari aku berexperiment dengan brush tu
ni lah antara hasilnya...



moga dapat membantu para designer...

TRIMAS
Read more

4 ::Bengang Dengan Sangat::

Tuesday, January 12, 2010
bagai menanti yang tak pasti
aku hanya mampu menanti
tak mampu aku mendesak
apa lagi menggertak


aku malu untuk mengkhabari
pada ibu bapaku
pinta helaian kertas bernilai
mahupun topup dari kakak ku
buat menyambung jalinan yang jauh memisahkan
antara kami semua


aku berharap padamu 
moga kau pantas menghulur simpati
dengan ongkos yang dijanji
sebelum aku bertindak di luar kawalan diri
wahai PTPTPUKU

p/s : aku tengah bengang dengan ptptpu yang tak keluar lagi..



lecturer dah siap warning kalau tak beli buku lagi..mana la nak dapat duit.ingat boleh beli buku pakai taik gigi ke? ptptpu pun sama.time bagi pinjam punye la lama nak dapat.tapi bila suruh bayar balik laju je keluar surat suruh bayar...bikin panas saja

Read more

4 ::Aku, Kamu, Mereka dan Ia::

Monday, January 11, 2010
SALAM SEGALA SALAM

penat betul hari ni
jam 6 lebih baru habis kelas
mesti hangpa pikir awal lagi kan jam 6 ni
terang lagi
tapi tu kat semenanjung
kalau kat Sabah ni jam 6 dah macam jam 7 dah gelap dah
makan-makan , mandi-mandi
bila badan dah segar baru ada idea nak hapdate blog

kali ni nak habaq pasai satu komuniti blogger
yang aku join berjudul
GENG BLOGGER


konfem geng-geng dalam GENG BLOGGER gelakkan aku
sebab lambat promote pasal komuniti ni
okey la..gelak la puas-puas
aku pasrah...

berbalik ke cerita asal
lebih kurang sebulan aku join GENG BLOGGER ni
aku mula tertarik bila tengok bannernya yang menarik



kat blog yang tak sengaja aku lawat
lantas aku daftar lah jadi geng
mula-mula memang buat tak tahu je pasal komuniti ni
tapi lama-lama selalu buka terus tertarik dengan kandungannya

aku paling suka dapat ping entry blog aku tiap kali ada entry baru
boleh juga lawat blog kengkawan lain sambil cucuk-mencucuk nuffnang diorang
maka apabila dicucuk dan ditinggalkan jejak kat shoutbox
maka diorang akan jejak balik ke blog aku
maka aksi berbalas cucuk-mencucuk pun bermula
(takpe.cucuk dapat hasil)

kat sini aku dapat juga kenal para blogger lain macam

Zack yang sedang study kat Jepun.
sound effect yang diselit dengan entry memang best sampai tak sempat habis baca tapi lagunya dah habis dulu

Kasihkumiera dan Aidi-safuan yang suka mengomen entryku
sampai tak terlayan aku nak balas semua

Edaolala yang tak kenal putus asa
menunggu nuff ku bangun di siang hari setelah bertahajjud pada malam hari

dan ramai lagi geng-geng yang tak dapat aku nak tulis
sebab nanti dah jadi karangan Bahasa Melayu pulak



bukannya aku tak ingat hangpa semua
tapi aku tak mau hangpa jadi riak dan takbur
setelah melihat nama korang terpapar kat blog aku ni
(see, kan aku baik...)

itu jela agaknya
buat geng-geng yang belum join GENG BLOGGER ni
apa lagi
jom pakat ramai-ramai join GENG BLOGGER
sure tak menyesal

"GENG BLOGGER : KOMUNITI BLOGGER ANDA"
(tagline ciptaan ARIFF SHAH yang menjadi juara contest mencipta tagline:

SEKIAN, SELAMAT TIDUR...




Read more

4 ::Tepuk Dada Tanya Iman::

SALAM...

hari ni dikejutkan lagi dengan insiden pengeboman gereja
kali ni bertempat di Taiping, Perak
2 buah gereja diserang oleh mereka yang tak bertamadun
setakat ni sudah 7 gereja diserang
dan sebuah surau di klang di baling batu
makin menjadi-jadi pulak benda ni
macam mana nak merealisasikan 1 MALAYSIA kalau masing-masing tunjuk keras kepala

pertahankan nama ALLAH
tapi kehidupan tak ikut suruhan ALLAH
tertarik dengan gesaan seorang penganut kristian
Datuk Clarence Bongkos Malakun
menyuruh masyarakat kristian menarik balik tuntutan menggunakan nama ALLAH
bagi menjaga keharmonian
petikan ucapannya adalah seperti di bawah :

"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan 'Allah' bukan hanya boleh digunakan orang Islam, kita harus sedar reaksi masyarakat dan organisasi Islam terhadap perkara itu.

"Masyarakat Kristian harus faham bahawa umat Islam marah kerana perkataan 'Allah' sudah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam.

"Saya sedar, kenyataan ini akan menyebabkan ramai penganut Kristian menyalahkan saya, tetapi jika penganut Kristian yang sebenar, kita harus memaafkan dan saling sayang menyayangi,"


"Biarkanlah saudara Islam kita saja menggunakan kalimah 'Allah' demi kebaikan kita hidup dalam aman dan harmoni.

"Dengan memahami 'Allah' itu Tuhan bagi umat Islam, masyarakat Kristian harus mampu menyesuaikan diri dengan situasi di negara ini bahawa Islam agama rasmi Malaysia. Jika kita terus mendesak, ia akan mengakibatkan keadaan bertambah buruk,"


-dipetik daripada BERITA HARIAN ONLINE-

p/s : tangkap je orang yang suka sangat bom ni guna ISA. Kan ni mengganggu ketenteraman awam
wajar sangat lah...so, apa lagi.bertindak lah sebelum keadaan menjadi nazak.


Read more

4 ::Harapan::

Sunday, January 10, 2010
minatku pada fotografi 
edit mengedit grafik menjadi hobi
semua itu tak dapat dibendung lagi
hanya mengharap pada selaras hp
lens 2 megapixel
berjudul Sony Ericsson K750i
aku mahu 
aku impi
DSLR sebagai pengganti...




p/s : moga ada yang sudi sedekahkan aku DSLR paling koman pun NIKON D40X pada 15hb ni...
Read more

0 ::Bile Tangan Gatal::

Saturday, January 9, 2010
layan je...



  

 
 

Read more

0 ::Nelayan Moden Beraksi::

SALAM KE ATAS ANDA SEMUA

sekarang ni memang sangat sengal-sengal satu badan
kalau ada bini kerusi OGAWA kan syok


baru lepas jaga ngan tengok-tengok ikan ternakan aku
ni pun gagahkan jugak menaip
nasib baik menaip pakai jari je
kalau pakai satu badan tak terhapdate lah blog aku ni sampai tahun depan

aku baru saja balik dari tengok anak-anak ikan aku
HA, ANAK IKAN!
yup, anak ikan...
ha,mulalah nak pikir ke alam ke biru-biruan

ni bukan anak ikan yang hangpa pikir tula
ni betul-betul punya anak ikan
aku ni kalau hangpa nak tau
ambil kursus AKUAKULTUR
yang ternak ikan tu
bagi hangpa makan tiap hari

mula dari semester lepas
kami kena latih untuk ternak ikan sendiri
lepas tu jual sebagai latihan perniagaan kami
dan duit tu untuk biayai kami punya praktikal di JEPUN



(wei, zack. nanti jumpe hang kat JEPUN)
INSYALLAH kalau ada rezeki...

bawah ni gambar-gambar disekitar ladang ternakan ikan di universiti aku
layan jela
aku dah penat nak mengeja sambil menaip ni...




ni geng group aku dengan salah satu tangki ikan ternakan kami


pellet (makanan ikan). mahal giler la.kalah belanja makan aku sebulan



cam pekerja kontraktor lak

 
gurlfren kawan perempuan aku



batu untuk aeration (pengudaraan) dalam tangki



suis letrik yang bagak mahut...



tangki ternak ikan...syok maa dapat nyelam dalam ni








Read more

4 ::Marah Biar Bertempat::

Friday, January 8, 2010
SALAM

lama sudah tidak berhapdate blog ni
bukan apa
malas nak menghadap laptop memanjang


Tadi tersentak jugak bila terbaca di akhbar
sebuah gereja di Desa Melawati terbakar dibakar
dan pastinya perkara ini ada kaitannya dengan
isu pengunaan nama ALLAH oleh non muslim

tergerak untuk memberi respon terhadap insiden yang cukup memalukan ini
tidak sepatutnya tindakan yang membabi khinzir buta ini dilakukan
Islam menggesa umatnya agar menghormati rumah ibadah agama lain
juga menghormati kebebasan beragama dalam masyarakatnya
(hanya dipakai guna oleh non muslim)

namun tindakan membakar gereja ini amat tersasar jauh dari ajaran Islam
jangan sebab nama ALLAH digunakan oleh orang kristian
kita umat Islam sanggup membakar rumah ibadah mereka

"mereka sudah melampau...ini saja cara mengajarnya."

mungkin ada individu yang mengatakan begini
namun apa gunanya kita membela dan menjaga nama Allah itu
sedangkan perintah Allah yang menyuruh kita menghormati rumah ibadah agama lain pun
kita langgar
memang cakap tak serupa bikin

seharusnya umat Islam harus bertenang menghadapi masalah ini
usahlah terlolong-lolong memaki hamun non muslim
Islam sebagai agama yang adil mengajar kita berbincang dan berdiplomasi 
menyelesaikan masalah ini

hanya ini yang diharapkan
agar umat Islam tidak terlalu mengikut perasaan

Ingat janji Allah

ISLAM PASTI KEMBALI GEMILANG!

p/s : doakan masalah ini akan selesai dengan jalan yang betul dan aman...

Read more

1 ::Debaran Kian Terasa::

Thursday, January 7, 2010
Next 8 DAYS




akan berlakunya detik yang penuh bersejarah

nantikan posting KHAS pada hari tersebut...

p/s : mesti hangpa sume berdebar-debar kan?

Read more

6 ::GengBlogger Banner Contest::

Tuesday, January 5, 2010 Labels:

 
banner 30 x 10

ni banner untuk contest cipta banner kat Geng Blogger
saja-saja aku try design
lama dah tak mendesign ni
just simple je
tak sempat nak design mantap-mantap
 masih amatur
lagipun sekarang tengah sibuk dengan kuliah dan assignment

harap penyertaan aku ni diterima lah yek...
Read more

10 ::Hencik Nuff Yang Pelik::

Monday, January 4, 2010
nak tanya sikitla kat semua

kenapa earning nuff aku still 50 sen (tak tipu dan aku mengaku tanpa malu)
sebulan gak aku dah guna
dan aku rasa ramai yang dah cucuq dia

minta pandangan dari hencek-hencek dan akak-akak
yang dah membolot earning
yang melimpah ruah ke ladang gandum

apa masalahnya dengan hencek nuff aku ni?

itu saja...
Read more

6 ::Hiperbola Hypermarket Hyperaktif::

SALAMZ

hari ni dah start kuliah
seperti biasa aku sebagai pelajar mithali
kena datang setiap kelas yang dijalankan

dapat tahu yang petang ni ada kelas
jam 4 sampai 6 petang

GILO APO?

time otak dah nak collapse lagi mau buat kelas



dah membeku dah otak time tu



nanti tambah dewan kuliah yang sejuk macam kat kutub utara
semua student bakal keluar dari dewan kuliah dengan muka yang hampir selebet



macam toyol lapar darah

p/s : melampau hiperbola aku ni...
Read more

7 ::Kau Pakai Bantal, Aku Pakai Batang Paip::

Sunday, January 3, 2010
SALAM DI MALAM HARI


tiba-tiba terajin lak nak buat posting malam ni
padahal esok kena bangun awal
selaku pelajar mithali
tak boleh datang lambat ke kuliah


mane la bantal aku ni?
dah mengantuk ni


oooo...
patut la hilang
dah kena kebas dengan budak-budak
buat lawan-lawan bantal


kalau korang ada FB
mesti pernah terpacak kat korang punya wall
pasal PILLOW FIGHT
ada orang yang suka sebab dapat main-main dengan member-member
tapi aku rasa lebih ramai yang bengang gile la dengan game ni



bayangkan semua bantal mengamuk camni...



termasuklah aku
kadang-kadang tu
sekali datang 2 ke 3 mesej pasal tu
bikin panas je


aku nak kongsi sikit bagi yang memang menyirap sambil minum sirap la
tengok kat notifications macam banyak mesej
rupenye semua pasal game ni
link ni untuk block application ni selama-lamanya
try la...

 


ADIOS
Read more

4 ::Melayang::

MACAM YANG USTAZAH SELALU PESAN
MULAKAN DENGAN SALAM...

alhamdulillah...aku sudah sampai ke over da sea malam semalam
SABAH negeri tercinta (ambil hati orang Sabah sikit)
balik ke lubuk ilmu semula
UMS   a.k.a. Universiti Malaysia Sabah

sempat la lagi tinggalkan pesanan di FB sebelum balik Sabah
bila tengok kat status member-member
dapat disimpulkan bahawa
pelajar universiti mahupun kolej dan yang berkaitan dengan kedua-duanya
malas nak balik sambung study

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARI MEREKA?

dalam flight yang sangat boring
sempat curik-curik on hp
tangkap gambar
kalaulah flight terhempas aku lah yang paling berdosa
HAHAHA
layan je la gambar yang tak seberapa ni...


jeling kat pramugari mak cik tua...kesian dia


kabut je diorang ni..hahaha


glamour pak nasser.nasik lemak naik flight..
kalau jual kat warung murah je


setakat 5 cucuk satay dah 10 hinggit
lagi kenyang makan satay kajang


papepun GUD LUCK untuk semua
jangan malas-malas study

ADIOS
Read more

1 ::Contest Baru Pulak::




klik gambar di atas untuk ke blog contest

posting yang kedua untuk 2010
contest yang pertama untuk 2010
jalan-jalan tengok blog orang
jumpa lak dengan contest ni
sangat simple
membuatkan hatiku terpaut untuk menjoinkan diri
lantas gambar pun diupload
hasilnya seperti dibawah



gambar ni aku dengan course mate aku laki-laki (of course bukan perempuan)
balik dari ladang ternak ikan (1st day kuliah kat ladang ikan)
dalam kawasan universiti jugak
agak terpencil dari kawasan dewan kuliah
tunggu bas tak ada
jadi tumpang la naik lori hantar pergi dewan kuliah

itu saja...

jom join ramai-ramai contest ni...
klik je kat gambar paling atas untuk ke blog contest..

trimas


Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates