Followers

::Balik-Balik Kartun::

Saturday, December 26, 2009
SALAM KEMBALI

kali ni jom mengembara ke zaman kecik kiut miut dulu
yang kerja asyik main, tengok kartun, makan...
tu jela yang diulang aktiviti seharian

sebut pasal kartun
teringat aku time kecik dulu
banyak betul kartun yang aku suka
kat bawah ni adalah antara kartun yang aku 'KIPAS-SUSAH-MATI' la
mungkin korang pun minat jugak tapi malu nak mengaku...
layanzzzz.....


DASH YONKURO ni cerita pasal kereta lumba mainan. yang peliknya kereta tu kena pukul pakai kayu hoki lak tu. kenapa la tak pakai buluh ke, batang paip ke.ok what.memang hot la time tu.siap keluar permainannya.siap tumpang main kat rumah jiran sebab dia ada trek kereta mainan.siap modify bagi laju la.
kadang-kadang longkang pun jadi mangsa sebab dijadikan trek...



FLASHMAN lak kira macam adik beradik POWER RANGERS la.cuma dia produk keluaran Jepun.
memang aku tak miss la cerita ni.siap hafal lagi lagu dia. ni kalau dulu masuk kelas bahasa Jepun mesti cemerlang la..hakhak. yang paling aku suka time last nak bunuh raksasa..diorang gabung-gabung senjata pastu tembak secara berjemaah...memang masyuk la..

Ni memang tak perlu diperkenalkanla. POWER RANGERS ni siap dah berbelas keturunan dah. boleh buat salasilah keluarga dah. Ni pun aku siap hafal lagu dari MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS lagi.dia punya susun atur pun aku hafal.lepas power ranger zeo power rangers turbo,pastu power rangers bla bla bla... Last aku tengok time sekolah menengah.siap kat asrama tu kitorang tengok ramai-ramai.memang penuh la bilik tv time petang sabtu. siap kutuk-kutuk lagi dah kena belasah sikit dengan orang jahat boleh tercampak jauh-jauh.kutuk-kutuk pun tengok jugak..Tapi bila dah naik form3 aku dah tak ada nafsu nak tengok...

"CYBERCOP BERSEDIA.CYBERCOP BERSEDIA.MEMAKAI KELENKAPAN." haha.boleh ingat lagi bila diorang nak bertukar tu.diorang masuk dalam kapsul yang ada dalam lori yang cam markas diorang la (dari luar nampak kecik je lori tu..pelik) ada motor yang laju gile la...teringin nak naik..haha.bila nak ambil senjata kena guna kad pastu cucuk kat satu mesin yang boleh muncul kat celah mana-mana pun..tang pokok la,pasu bunga la kadang-kadang kat pili bomba pun ada.sampai aku dengan geng main aku pun terikut.siap guna kad ATM bapak masing-masing lagi...hahaha



MASKED RIDER pun aku minat gak. kalau tak silap time tu panggil SATRIA BAJA HITAM.bila tengok balik nama dia lawak gak. tang motor memang smart and simple la.Sekarang ni pun cerita ni still ada tapi lagi mantap la kostum diorang. kadang-kadang aku tengok  jugak kalau tak ada kerja. Kalau aku tak silap yang the latest MASKED RIDER DECADE kot. Alah...yang ada garis-garis kat muka tu.


Ni lagi satu aku suka. memang tak akan keluar main petang kalau tak habiskan tengok cerita ULTRAMAN ni sebab dia tayang time petang. Ni pun boleh buat salasilah keturunan dan jual memang laku la. Dah memang jadi tradisi tengah syok-syok lawan raksasa tiba-tiba lampu mentol kat dada dah berkelip warna merah. Lagi satu lepas habis lawan mesti terbang ke langit...aku terfikir time tu kenapa la tak bertukar je jadi orang kat situ jugak. menyorok la belakang bangunan kalau malu...haha.memang kreatif la otak budak-budak.

tu jela yang aku ingat. memang best kalau teringat balik zaman kecik-kecik dulu.tak perlu la nak tungkus lumus study mengadap buku bila time exam...
papepun memang syok la jadi budak kecik..hahaha

ADIOS


7 comments:

morriss said...

gua dengan banggenye setuju dgn lu..haishh..mane la pegi patung flashman aku dulu..rindu...

HAZWAN17 said...

aku suke cybercops dgn ultraman........
ade lg satu maskman klu bro penah dgr la

sue said...

wea...suke gila dragon ball.....mesti dok depan tv pnye..

acap de souza said...

moriss: beli je kat tesco.


hazwan17 :pernah dgr maskman tu..tp aku x minat sgt

sue: masyuk gak tu.tp x smpt nk episod akhir2 tv ulang yg mule lak..

lagenda said...

Salam Ziarah.....

Kadang-kadang best juga tengok kartun ni yer......Thank kerana melawat saya

Cikgu Isza said...

anak akak leh join geng ni.. hehehe

acap de souza said...

lagenda : tak de hal la

cikgu isza : boleh je kak..lg ramai lg meriah...haha

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates