Followers

0 ::Tangan Konkrit::

Friday, August 10, 2012
 post sempena hari guru... sesi mengetag cikgu-cikgu yg pernah mengajar dulu

 ni post sebab sedih tengok umat manusia makan berlebihan sampai hidup pun tak terurus

 ni untuk versi kakak-kakak hadek-hadek yang belum dibukakan hati untuk berhijab (menutup aurat)
p/s : versi kartun perempuan yang sering aku guna pakai

 ni 1st karya aku.... ramai peminatnya...yang bestnya awan tu nampak macam 3D


 ni pulak aku nak tekankan kat member ofis aku yang agak payah nak tersenyum.
ni aku jadikan wallpaper kat pc ofis.


 sempena ramadhan...adaptasi daripada kartun monyet 3 ekor yang tutup mata,
mulut dan telinga.tapi ni diislamikkan


 pesanan untuk junio-junior yang bakal menghadapi peperiksaan akhir


 ni tak pasti motifnya..cuma time tu terlintas nak lukis ikan yang comel


sempena musim ramai member sebatch aku kahwin.
jadi nak ambil feeling diorang maka tercipta la wallpaper ni


* Moga aku terus istiqamah berdakwah melalui metod grafik.
yang penting sekarang aku ada buat bisnes BUTTON BADGE

boleh lawat page ni


Read more

4 ::Alhamdulillah, 3 Tahun Yang Cukup Indah::

Sunday, December 11, 2011
Bismillahirrahmanirrahim


Tiba-tiba tersesat kat blog sendiri, jemari secara spontan mengupdate blog DE SOUZA CORNER ni.Mungkin ditambah rasa ketercabaran daripada kakak sendiri yang blognya sentiasa up-to-date dan mungkin sindiran daripada sahabat yang duk melawat blog aku yang bersawang. Posting terakhir bertarikh 15 Oktober mesti aku lenyapkan..Ya! Mesti! (berkobar tiba-tiba)


Dan tanggal 28hb November yang lepas, secara rasminya aku telah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah. 3 tahun menjadi pelajar bidang akuakultur mengajar aku menjadi insan yang lebih insan daripada insan biasa.Menimba ilmu bukanlah dalam kelas ataupun kuliah. Namun ditambah lagi dengan praktikal dalam kalangan ikan-ikan dan juga lapangan masyarakat. 





Susah senang bersama para sahabat di negeri di bawah bayu. Syukur pada Ilahi kerna tak pernah memisahkan aku daripada bi'ah solehah meskipun pada mulanya aku gentar untuk meneruskan hidup negeri yang asing bagi aku. Naqib, adik beradik seusrah, anak-anak usrah dan sahabat-sahabat seperjuangan menjadi kekuatan jatuh bangun aku di Sabah.Meskipun pernah merantau ke Negara Matahari Terbit yang penuh dugaan, Alhamdulillah tarbiyah yang diterapkan menjadi bekal meneruskan kehidupan di negara orang






Buat para pensyarah,murabbi terima kasih tak terhingga atas didikan kalian .Moga rahmat Allah bersama kalian. dan tidak dilupakan keluarga yang menjadi tunjang kejayaan ini. Ibu ayah yang banyak berkorban masa,harta dan tenaga .Adik beradik yang sentiasa memeberi sokongan dan dorong..syukran jazilan





Dedikasi istimewa buat senior,penasihat,abang dan sahabatku, Akhi Azizul atas segala perkongsian kegembiraan, nasihat, masalah, hadiah mahupun segalanya.Moga redha Allah bersama akhi. Thanks a lot for being my advisor, senior for these last 3 years.



-mari menjadi insan yang lebih insan daripada biasa-


-muhamad asyraf a.k.a acapdesouza-
-shah alam-
-11.12.11-









Read more

3 ::Antara Aku, Ikan dan Photoshop::

Saturday, October 15, 2011
Alhamdulillah.

Setelah tunggang langgang study, akhirnya aku dah jadi mantan pelajar. Dan kini aku dah nek pangkat jadi pekerja..baru aku tahu betapa payahnya bekerja.

tapi yang agak menjadi tanda tanya orang macam kawan-kawan dan keluarga sendiri, kerja aku sekarang memang lari jauh dari apa yang aku belajar time kat UMS dulu.
 time praktikal kat jepun bulan 5 lepas.kat tengah2 laut jepun tu.


Mane taknye. 3 tahun usaha belajar macam dah tak dapat belajar lagi dalam bidang AKUAKULTUR (ni course yg slalu org tak tahu). 3 tahun main nyorok2 dengan ikan, 3 tahun bertepuk tampar dengan siakap, 3 tahun berpengalaman membunuh ikan.

Tapi sekarang aku kerja jadi GRAPHIC DESIGNER.
walawei, 180km tu jauh.

Tapi tu lah bidang yang aku memang minat sebenarnya.menyesal jugak dulu tak apply course graphic designing. Camne entah aku boleh terjebak ke dalam kancah design mendesign ni.

Yang aku ingat, aku start berjinak2 dengan photoshop time aku sekolah rendah lagi. Bapak aku pi hantar aku dengan kakak aku pi kursus komputer dan aku start dah belajar basic. Masuk matiks lak, sambung menghebatkan lagi skill photoshop aku. dan yang membangkitkan keghairahan aku dengan  kerja design mendesign guna photoshop ni bila aku masuk universiti.

Masuk universiti, aku selalu dikejar oleh pengarah-pengarah program untuk jadi ajk publisiti dan multimedia. aku cube lari tapi diorang tetap laju mengejar aku smpai la aku tak terlari..

.ada jugak orang tanya 
"tak muntah ke jadi ajk yang sama je untuk banyak-banyak program? "
aku jawab
"biaq pi la aku nak jadi papepun" (ok, ni jawapan yang tipu)
(ni jawapn yg betul) "nak wat camnela?dah memang aku addict dengan mentang photoshop ni"

dan itulah kerja aku dulu kat universiti, balik-balik design.balik-balik edit. kadang-kadang tidur tak cukup sebab menanti laptop aku loading  photoshop dengan agak mengengsot angkara RAM 2GB nye.

Sekarang dah habis belajar kerja jugak sebagai GRAPHIC DESIGNER.tapi aku dah makin curang kat cik PHOTOSHOP.lantas dia hampir merajuk bila dapat tahu aku main kayu tiga dengan cik CORELDRAW. Papepun aku tetap minat dengan dunia design mendesign ni. Tapi tetap aku tak lupa ilmu-ilmu yang aku belajar dari bidang AKUAKULTUR. 



jadi untuk tidak melupakan AKUAKULTUR,
aku akan selitkan motif ikan dalam design aku..
boleh ke?
boleh la kannn...
p/s : terharu dengan prof aku yang merestui jejak langkah ku jadi GRAPHIC DESIGNER walaupun dia mahu aku jadi PENTERNAK IKAN...
Read more

0 ::JiwaSuciKosongKosong::

Monday, August 29, 2011

Salam Eid Mubarak
Untuk semua para bloggers, peminat, stalker, pengumpat dan lain2
Read more

0 ::Mengukir Memori di Bumi Sakura::

Friday, July 29, 2011
jam 2 am, Chuo Oasis Hotel, Osaka, Jepun
29hb Julai 2011

Alhamdulillah syukur pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
setelah hampir 2 bulan lebih blog ni tak berupdate disebabkan sibuk dengan latihan industri di Jepun
Genap 11 minggu aku dan 12 orang sahabat menabur bakti di bumi Jepun ini.

masih aku ingat bila baru menjejakkan kaki ke sini
ingatan masih tertinggal di Malaysia
suasana, persekitaran cukup jauh berbeza
tiada lagi kelihatan masjid tersergam indah
tiada lagi laungan azan berkumandang tika masuk waktu
tiada lagi teman berjemaah 5 waktu
sungguh aku rindu biah solehah yang dulunya pernah aku rasai

biarpun banyak dugaan sepanjang tinggal di Jepun
Alhamdulillah ibadah tetap menjadi keutamaan
biarpun agak sukar pada mulanya 
namun, alah bisa tegal biasa
bangun seawal 3 pagi unuk bersolat subuh
bersolat di khalayak ramai
semuanya pada mulanya sukar untuk dipraktikkan
namun alhamdulillah masih dikuatkan iman
syukur biah solehah sedari keluarga
mampu mentahsinkan peribadiku biarpun tidak sempurna



miliki keluarga di Jepun yang begitu menjaga kebajikan kami
tak ubah seperti keluarga kandung sendiri
dan tika berpisah melepaskan kami pergi
terlukis kesayuan di wajah mereka
mata bergenang air mata
tanda tautan kasih sudah utuh berpadu antara kami dan mereka
Insyallah kita akan berjumpa lagi jika diizinkanNYA



Insyallah, pagi ini jam 11 akan bertolak ke KLIA,
mengambil transit dan terus pulang ke Kota Kinabalu
moga pengalaman hidup di sini nanti mampu dikongsi bersama generasi baru akan datang

Moga Aku Tetap Istiqamah Dalam Amalan


Read more

4 ::Japan Live::

Saturday, June 4, 2011
alhamdulillah
lama rasanya tak hapdate blog ni
dah bersawang agaknya
sekarang ni aku sedang berpraktikal di Jepun
tiap hari pi tengah laut
bagi makan ikan,abalon,carik rumpai laut untuk abalon
walaupun tengah hujan lebat mahut, angin yang kuat sampai mau terbang dah
tetap kena pi laut jugak

2 minggu hidup di negara matahari terbit ni cukup buat aku rindu
rindu pada ayam dan makanan yang halal
mana taknya
hari-hari makan ikan sebab tak jumpa lagi daging yang halal
rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan berprogram bersama
rindu pada gelak tawa keluarga di Malaysia
dan yang paling aku rindu
suara azan yang berkumandang 5 kali setiap hari
cukup aku rindu
hinggakan aku balik-balik dengar mp3 azan dalam laptop aku
sungguh berbeza kehidupan di sini dengan di Malaysia


baru tiba di osaka airport.kesejukan

di tepi pantai.baru balik keje

merayau waktu malam

dengan member time kat sangkar tengah laut

mungkin lepas ni aku jarang dapat update blog ni
memandangkan kemudahan internet yang terbatas
satu pc untuk kegunaan 4 orang
maunya tak berebut tiap hari

papepun insyallah tinggal beberapa sebulan lebih je aku kat sini
pasti akan aku pulang ke Malaysia
menhirup udara di negara tanah air ku kembali
insyallah moga Allah makbulkan...

Read more

5 ::Jepun : Masanya Kini Tiba!::

Wednesday, May 11, 2011
ahamdulillah
pejam celik, pejam celik
akhirnya tinggal satu hari lagi kami bakal meninggalkan bumi MALAYSIA
demi memperoleh ilmu di bumi matahari terbit, JEPUN



setelah sekian lama berusaha
jerih perit terasa
suka duka dikogsi bersama
insyallah
13 orang pelajar tahun akhir akuakultur 
Universiti Malaysia Sabah bakal menuju ke matlamat yang diusahakan selama ini
menghayati setiap detik yang berbaki sehari di bumi sendiri
menjadi pengubat rindu tika di Jepun nanti


SCOAIT
teruskan usaha kita!
Perjuangan baru bermula!


Read more

3 ::Memori IJTIHAD::

Sunday, May 8, 2011
niat di hati nak carik video baru Feelhoney kat youtube
tiba-tiba ternampak pulak video NASYID AMAL ISLAMI SAMTTAJ 2011
apa lagi
teruslah aku klik sebab mau tengok pewaris-pewaris IJTIHAD yang baru beraksi








banyak jugak peningkatan 
teringat aku time mula-mula industri nasyid bertapak secara rasmi di sekolah aku
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGU AMPUAN JEMAAH
SAMTTAJ SHAH ALAM


aku, faiz yusuf (mat), fikeri, faiz zainuddin, musa'ab, lokman dan izzat
antara orang kuat yang mula mengorak langkah mewujudkan group nasyid yang rasmi
ketika tu kami semua sudah tingkatan 5 kecuali izzat
mat lah yang bersungguh membuat kertas kerja untuk mendapatkan alatan muzik yang lengkap
alhamdulillah diluluskan pihak sekolah dan kami mendapat satu set alatan muzik yang kami kira sudah cukup lengkap ketika tu


barisan IJTIHAD 1ST GENERATION
aku takde sebab time ni patah kaki, beraksi belakang tabir dengan lirik


masuk part nama kumpulan pulak
macam-macam nama dicadangkan
kalau sebelum ni
group kami yang tak rasmi diberi nama In-Soff , Rethoric (tak tau pulak maksudnya tak berapa elok).
last-last bagi la nama IJTIHAD , bersempena nama majalah sekolah kami
Alhamdulillah nama tu masih melekat lagi sampai sekarang


Latihan bermula dengan semangat baru
dengan jurulatih yang baru
dengan guru pembimbing yang cun sporting, Cikgu Hamidah
dengan lagu dan lirik yang diberi nafas baru
sanggup kutip duit masing-masing untuk beli shaker baru


maka perjalanan seni kami bermula
pertandingan demi pertandingan disertai
persembahan demi persembahan dipenuhi
ada suka dan ada duka
ahli lama berganti baru
namun perjuangan kami tetap utuh


kini, 2011
IJTIHAD sudah melahirkan 6 generasi (kalau tak silap la)
aku bersyukur kerana menjadi salah seorang penyumbang
penyumbang kepada metod dakwah yang lebih berseni ini
alhamdulillah


jangan pernah mengalah
selagi syahid belum dikecapi


TERUSKAN PERJUANGAN ADIK-ADIK IJTIHAD!


p/s : teringin mau wat persembahan dengan IJTIHAD 1st GENERATION kat dewan sekolah...ada siapa-siapa mau sponsor?



Read more

0 ::11.11.11::

baru-baru ni ada ura-ura PRU 13
akan diadakan pada 11.11.11
wah,manyak santik ooo nombor ni
huhhuhu
nak kongsi sikit gambar best


aku suka yang last sekali tu
punya cuak...hahahha

p/s : selamat hari ibu,bapa,kakak,abang,adik,nenek,atuk,saudara,sahabat,cikgu...(bersambung)

Read more

4 ::Al-kisah Anak No.2::

Monday, May 2, 2011
ni ada sikit kajian la tentang anak nombor dua
aku ni anak kedua la
jom tengok ape la alkisah anak ke dua ni



ANAK MANJA IBU 
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.   

ANAK DEGIL 
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yg betul..dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ (degil) .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh-sungguh… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..  

TAK PANDAI PUJUK 
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..   

BERCINTA 
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …  

 HITAM / PUTIH 
Apa yang dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu hitamlah, kalau putih tu putihlah ….degil tak boleh toleransi  

 HATI 
No 2 ni juga nampak je keras…tapi hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
  
 BERDIKARI 
very independent..mmg betul..tapi kalau terlebih indepent pun payah…..tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik-adik kena control kena report kat diorang ) ..
   
ARAHAN 
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja dengan orang…ramai anak no 2 ni kerja sendiri   

PEMAAF & CARING
 tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jangan bg diorang marah….kalau depa marah faham sajer lah  

 PAKAIAN 
Nak ajer up to date…semua nak kemas....


p/s : yang tang degil, arahan dengan hitam/putih tu aku mengakulah aku ada.hahaha
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates