Followers

4 ::Suka-Suki Muda Mudi : Jajan a.k.a Cikedis::

Wednesday, March 31, 2010
dimulakan cerita
tadi aku duk lepak dengan coursemate aku
sambil tunggu kelas biometri
sambil tu sorang kawan aku ni keluarkan la gula-gula
gula-gula yang sangat aku ridui
dah lame tak jumpa
ha, ni la...
maka start la kitorang borak tentang masa muda kami...
tentang makanan ringan atau lebih glemer dipanggil jajan @ cikedis

dedulu time bebudak
aku panggil gula-gula ni gula-gula arnab
rasa susu la
yang speselnye plastik balut dalam boleh dimakan
kena air liur je terus cair
tapi ada jugak dikaitkan dengan isu melamin
pastu risau nak makan

ni pulak antara feveret aku
jarang jugak jumpa keropok ni
semestinya kat kedai basikal tak ada la
20 sen je satu
rasa lemak berkrim disukai ramai

yang dua benda ni macam jeli la
tapi kenyal lagi la
sangat syok kalau dipicit
banyak lagi bentuk yang lain
tapi 2 ni la yang aku suka
yang burger tu aku akan makan ulas demi ulas
kira bajet la tak mau cepat habis

ni coklat dalam bentuk butir
saiz biji kopi
sedap la bagi aku
sambil main kejar-kejar
sambil kunyah coklat ni
memang masyuk
aku suka kumpul kotak dia ikut warna
penuh bilik aku time kecik dulu
bila fikir balik memang macam  tak ada kerja

ni ais pong namanya
tapi kitorang panggil aiskem 20sen
selalu lepas balik dari sekolah agama
kedai makcik yang sebelah sekolah tu la kami serang dulu
semata-mata mahu beli aiskem ni
pastu kalu rasa macam tak ada duit time tu pulak
pakat menagih simpati kat member
maka dapat la separuh bila dipatahkan aiskem ni

kami gelar keropok batang kari
rasa macam taruk kari babas tu
tapi sedap lagi la
bagi yang tak tahan pedas tu tak digalakkan makan la
tapi sekarang dah tak jumpa lagi keropok ni
dah pupus agaknya

chewing gum yang paling murah
satu 10sen
aku suka beli sebanyak seringgit
buat bekalan di hari muka
sedap jugak la
time kecik gasak jela papepun
semua best


keropok yang sedap, super ring
tapi mak aku marah beli keropok ni
katanya banyak sangat pewarna
tapi aku amat baik
aku akan makan dulu tepi jalan sebelum balik rumah
tapi sentiasa akan kantoi sebab mak aku dapat detect
warna oren yang memancar kat celah-celah jari angkara pewarna yang power la




2 kotak ni pulak DING DANG dengan TORA
ding dang ni murah berbanding tora
dingdang 60sen tora rm1.20
mungkin mainan yang membezakan harganya
kalau ikut mak ayah aku pergi pasar tani hari Sabtu
mesti tak miss benda ni
dan aku sanggup memalukan diri dengan bergolek kat atas tanah
demi melembutkan hati mak aku untuk membeli benda yang tak berfedah ni
bila sampai rumah biskut coklat yang free sekali tu
aku campak je kat celah kerusi
maka adik aku la yang tolong makan kan
mainan je aku ambil...hehehe

tu la bestnya time budak-budak
apa-apa je yang menarik atau keluar kat iklan
mesti nak beli
uish,balik rumah nanti
aku nak carik balik semua jajan ni la..

hahaha

Read more

3 ::Kelam Dalam Suram::

Saturday, March 27, 2010

"woit, dah jam 8.30 ni...cepat tutup lampu!" 

tu la yang aku dengar start dari jam 8.30malam tadi
siap terpekik dari luar suruh semua tutup lampu
maka sekretariat kolej kediaman pun mula beraksi supaya tak dikatakan tak ada kerja

tu lah penangan EARTH HOUR
member yang dok main game 24 jam pun ada kesedaran mahu tutup lampu sejam
inikan pula diorang yang siap kempen tanpa mengerti penat lelah

timbul pertanyaan dalam diri
adakah 'pesta kegelapan' ni hanya ikutan semata
tanpa terdetik pengajaran yang tersembunyi disebaliknya?

bagi aku sendiri, 
banyak pengajaran yang boleh dikaut 
dari pesta ni
secara zahirnya untuk jimatkan penggunaan letrik
yang sememangnya dibiarkan dibazirkan 
dapat jugak mengurangkan penggunaan tenaga yang menyumbang kepada pemanasan global
yang makin hari makin kritikal
el-nino yang mengganas tanpa diundang



dan disebaliknya ada jugak ibrah yang tersembunyi
bagi umatNya yang beriman
agar ingat akan kegelapan lubang kubur
yang kelam lagi sempit


mudah-mudahan tiada kemungkaran yang meliar
tatkala alam menjadi kelam saat 8.30 menjelma
kerna kita pasti
setiap yang kemungkaran yang berlaku
balasannya amat dahsyat dan setimpal

" KEMPEN EARTH HOUR, JANGAN HANYA IKUT SAJA"
Read more

0 ::Cegah Sebelum Parah::

Friday, March 19, 2010
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis,maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan mungkin menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya,baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


(Mesti ada salah satu daripada 6 tu pada diri kita)

Dalam kamus bercouple,hal2 tersebut adalah lumrah dilakukan,padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya,apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?



Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau: Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya)baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya,yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya,serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan,yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji.Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat,pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya:Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah?
Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing(bukan mahram)dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan atau mendayukan suara(baik melalui telefon atau lain2).

Sebagaimana firman Allah SWT:Dan janganlah kalian melembutkan suara,sehingga berkeinginanorang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(Al-Ahzab:32)


Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan,maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat dan Jawapan yang Sebenarnya

Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:

1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."



Jawapan 1:"Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat,tidak bersentuhan serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang,atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."

2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya,fizikal,sifat,yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."



Jawapan 2: "Memang,mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram."

Read more

0 ::Tika Pertapaan::

Wednesday, March 17, 2010
SALAM PEMINAT KU SEMUA..

agak berani statement di atas
tapi apakan daya
dah tertaip tak dapat nak padam balik

papepun memang sudah berkurun lama aku menganak tirikan blog ni
maafkan aku blog sebab mengabaikan nafkah posting terhadap dirimu.
(dah keluar pulak skrip drama swasta)

sangat sibuk sepanjang sepeninggalan aku
banyak aktiviti yang aku sertai antaranya :

1) Fieldtrip yang melimpah ruah

setakat ni dah 2 field trip aku pergi
ni tak campur lagi satu yang akan dibuat pada 19hb ni
dan macam biasa destinasi yang dituju adalah ladang ikan
naik boring jugak pergi tengok benda yang sama
mungkin kalau ada 'anak ikan' yang spesis berkaki tu
mesti syok... wakakaka
(statement versi kepala dah tak center)
tengok jela gambar di bawah ni

adakah mereka pernah melihatnya ?

masing-masing menanti diambil gambar.patutla gambar aku sikit

ladang ikan ade reban ayam? sape nak jawab ni..?
buat masak stim best ni

iklan sebentar
akibat kegawatan ekonomi
impian utuk memiliki segerombolan sebuah DSLR
tidak kesampaian
maka bagi mengubati hati yang lara
IXUS 9515 CANON menjadi gantinya
papepun syukur

IKLAN TAMAT

2) Lawatan @ makan angin ke Pulau Gaya

kamera di atas dibeli atas sebab untuk lawatan ini
nak menembak mereka-mereka yang berkenaan
malas nak tulis dah
layan je gambar

mereka yang tak pernah naik bot

macam pelancong la pulak
bergambar bersama-sama
kena denda la pulak kutip sampah
lepas kutip sampah, pe lagi...sampah pun jalan
snorkeling sampai kecut


tu je la rasenye yang aku lakukan selama bertapa ni
sebenarnya nak kembalikan mood untuk berblogging balik
papepun nantikan KOMIKDRAMA yang sedang dibuat
atas tunjuk ajar bro zackzukhairi

chow dulu...





Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates