Followers

6 ::Jepun : Masanya Kini Tiba!::

Wednesday, May 11, 2011
ahamdulillah
pejam celik, pejam celik
akhirnya tinggal satu hari lagi kami bakal meninggalkan bumi MALAYSIA
demi memperoleh ilmu di bumi matahari terbit, JEPUN



setelah sekian lama berusaha
jerih perit terasa
suka duka dikogsi bersama
insyallah
13 orang pelajar tahun akhir akuakultur 
Universiti Malaysia Sabah bakal menuju ke matlamat yang diusahakan selama ini
menghayati setiap detik yang berbaki sehari di bumi sendiri
menjadi pengubat rindu tika di Jepun nanti


SCOAIT
teruskan usaha kita!
Perjuangan baru bermula!


Read more

5 ::Memori IJTIHAD::

Sunday, May 8, 2011
niat di hati nak carik video baru Feelhoney kat youtube
tiba-tiba ternampak pulak video NASYID AMAL ISLAMI SAMTTAJ 2011
apa lagi
teruslah aku klik sebab mau tengok pewaris-pewaris IJTIHAD yang baru beraksi








banyak jugak peningkatan 
teringat aku time mula-mula industri nasyid bertapak secara rasmi di sekolah aku
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGU AMPUAN JEMAAH
SAMTTAJ SHAH ALAM


aku, faiz yusuf (mat), fikeri, faiz zainuddin, musa'ab, lokman dan izzat
antara orang kuat yang mula mengorak langkah mewujudkan group nasyid yang rasmi
ketika tu kami semua sudah tingkatan 5 kecuali izzat
mat lah yang bersungguh membuat kertas kerja untuk mendapatkan alatan muzik yang lengkap
alhamdulillah diluluskan pihak sekolah dan kami mendapat satu set alatan muzik yang kami kira sudah cukup lengkap ketika tu


barisan IJTIHAD 1ST GENERATION
aku takde sebab time ni patah kaki, beraksi belakang tabir dengan lirik


masuk part nama kumpulan pulak
macam-macam nama dicadangkan
kalau sebelum ni
group kami yang tak rasmi diberi nama In-Soff , Rethoric (tak tau pulak maksudnya tak berapa elok).
last-last bagi la nama IJTIHAD , bersempena nama majalah sekolah kami
Alhamdulillah nama tu masih melekat lagi sampai sekarang


Latihan bermula dengan semangat baru
dengan jurulatih yang baru
dengan guru pembimbing yang cun sporting, Cikgu Hamidah
dengan lagu dan lirik yang diberi nafas baru
sanggup kutip duit masing-masing untuk beli shaker baru


maka perjalanan seni kami bermula
pertandingan demi pertandingan disertai
persembahan demi persembahan dipenuhi
ada suka dan ada duka
ahli lama berganti baru
namun perjuangan kami tetap utuh


kini, 2011
IJTIHAD sudah melahirkan 6 generasi (kalau tak silap la)
aku bersyukur kerana menjadi salah seorang penyumbang
penyumbang kepada metod dakwah yang lebih berseni ini
alhamdulillah


jangan pernah mengalah
selagi syahid belum dikecapi


TERUSKAN PERJUANGAN ADIK-ADIK IJTIHAD!


p/s : teringin mau wat persembahan dengan IJTIHAD 1st GENERATION kat dewan sekolah...ada siapa-siapa mau sponsor?



Read more

1 ::11.11.11::

baru-baru ni ada ura-ura PRU 13
akan diadakan pada 11.11.11
wah,manyak santik ooo nombor ni
huhhuhu
nak kongsi sikit gambar best


aku suka yang last sekali tu
punya cuak...hahahha

p/s : selamat hari ibu,bapa,kakak,abang,adik,nenek,atuk,saudara,sahabat,cikgu...(bersambung)

Read more

5 ::Al-kisah Anak No.2::

Monday, May 2, 2011
ni ada sikit kajian la tentang anak nombor dua
aku ni anak kedua la
jom tengok ape la alkisah anak ke dua ni



ANAK MANJA IBU 
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.   

ANAK DEGIL 
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yg betul..dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ (degil) .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh-sungguh… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..  

TAK PANDAI PUJUK 
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..   

BERCINTA 
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …  

 HITAM / PUTIH 
Apa yang dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu hitamlah, kalau putih tu putihlah ….degil tak boleh toleransi  

 HATI 
No 2 ni juga nampak je keras…tapi hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
  
 BERDIKARI 
very independent..mmg betul..tapi kalau terlebih indepent pun payah…..tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik-adik kena control kena report kat diorang ) ..
   
ARAHAN 
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja dengan orang…ramai anak no 2 ni kerja sendiri   

PEMAAF & CARING
 tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jangan bg diorang marah….kalau depa marah faham sajer lah  

 PAKAIAN 
Nak ajer up to date…semua nak kemas....


p/s : yang tang degil, arahan dengan hitam/putih tu aku mengakulah aku ada.hahaha
Read more

1 ::Pandai Tapi Tak Pandai::

Sunday, May 1, 2011
ramai antara kita pandai dan genius
pakar dalam bidang masing-masing dan pelbagai bidang yang lain
tak mustahil lah banyak penemuan-penemuan baru
kajian-kajian diwar-warkan
bisnes kian mendapat keuntungan tinggi

namun tak ramai orang yang pandai dan genius 
yang telah menguasai satu-satunya bidang yang amat penting
termasuklah aku sendiri
iaitu BIDANG PENJAGAAN HATI INSAN
salah satu bidang yang amatlah penting
lebih penting daripada penemuan formulasi trigonometri
mahupun teori archimedis



kita mungkin sering menganggap seni menjaga hati insan lain amat enteng
namun hakikatnya besar impaknya pada kehidupan kita dan persahabatan sesama insan
kita mungkin pernah menggelar sahabat  dengan banyak gelaran
atas alasan ianya hanya senda gurauan
namun tanpa kita sedar ianya kurang disenangi sahabat
kalau sekali boleh dimaafkan
tapi kalau berulang-ulang kali pekehalnya la?
walau sudah tahu sahabat kurang senang dengan perangai jengkel kita
namun yang jengkel tu la kita suka buat lagi dan lagi



ingatlah, kata-kata kita boleh menjadi doa
dan yang paling penting

fahami hati dan jaga perasaan sahabat
sebelum kita minta difahami dan dihargai sahabat

jom makan nasik ambang dengan member!

p/s : lama dah tak reunion dengan member time sekolah dulu...
Read more

5 ::Aku, Kamu dan Liriknya::

satu hari tu aku belek-belek balik buku conteng aku time sekolah menengah dulu
secara tak sengaja ternampaklah serangkap ayat
sekali tengok macam pantun
2 kali tengok macam syair seloka pun ada
8 kali tengok baru la aku ingat balik
tu la lirik lagu yang aku garap time sekolah dulu
ada lebih kurang 4 lirik



tergelak aku bila baca balik semua lirik lagu
bukan ayat macam kartun mahupun ayat ala-ala himawari baru belajar cakap
tapi sebab tak sangka pulak aku ada bakat menulis lirik time muda-muda dulu
ada satu lirik tu aku buat khas untuk team nasyid sekolah aku
disebabkan di saat akhir aku tak dapat join diorang 
disebabkan kepatahan kaki
maka wakilkan lirik pun jadi la

semua lirik yang aku buat 
terinspirasi dari Ustaz Pahrol Juoi


penulis lirik Puteriku Sayang,Hijjaz
 (bapak member kamceng matrix aku ni, Al-Fatih.kasi promote sikit)
semua lirik lagunya memang sangat puitis dan penuh makna tersirat
ada jugak aku cita-cita mau jadi penulis lirik sepenuh masa
tapi simpan dulu rasanya...hehehhe

bagi aku kalau mau judge lagu
aku tengok lirik dulu
melodinya no.2
sebab apa la guna kalau lirik merapu
citer pasal tenuk, labi-labi, cinta meroyan
sia-sia je duit buat rakaman album
bukannya murah mau buat album
lagi satu biar lirik tu dijadikan sebagai satu medium dakwah kepada masyarakat
berertilah jugak duit rakaman album tu
ye tak kome sume?

p/s : tetiba feeling mau menulis lirik balik ni...hahahaha

Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates