Followers

11 ::Argghhh...Tidak!::

Wednesday, April 27, 2011
"Tidak! ustaz amirul dah bertunang..."

"Hancurlah harapanku..."

"Frust giler la aku"

Di atas ni adalah antara luahan hati
para wanita di luar sana
setelah aku membuat kaji selidik
apabila berita Ustaz Amirul a.k.a Ashraf Muslim
telah bertunang


poning awok memikiaqkan
poning awok mendengor
rintihan
keluhan
komen mengomen di FB
semuanya berkisar tentang pelakon ni
yang paling memberikan impak kepada aku
bila kakak aku pun turut tak terlepas menerima sindrom ini
aku la jugak yang jadi mangsa
terpaksa mendengar keluhannya

wahai wanita-wanita semua
awatla mau berduka
awatla mau terluka
awatla mau mengeluh
sampai berpeluh-peluh
kan elok si Ashraf tu bertunang cepat
dengan wanita yang aku rasa elok budi pekertinya
tak kan korang suka tengok dia 
bertunang ngan minah mana-mana ntah
pelakon wanita yang seksi tahap dewa mahut ka

korang mungkin mustahil dijodohkan dengan dia
tapi ingat!
korang boleh je berdoa supaya dijodohkan dengan lelaki sebaik dia
dengan syarat korang pun kena berubah lah jadi lebih baik
dan yakin dengan pertolongan, qada' qadar Allah
tu saja penyelesaiannya
jangan sedih-sedih
makan ayam goreng lagi sodap.

sekadar hiasan


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri
 (Ar-Rum; 21)


p/s : nama aku Asyraf jugak.tak mau masuk meminang ke?
Read more

1 ::Posting Terakhirkah Ini?::

Tuesday, April 26, 2011
Alhamdulillah
hari ni genaplah 10 hari aku bercuti di rumah bersama keluarga
petang ni bakal bertolak balik ke Sabah
menyambung kembali sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswa
yang insyallah berbaki lebih kurang 2 minggu

28hb April & 3hb Mei 2011 - Final Exam
29hb April - Viva Presentation

moga dipermudahkan segalanya
insyallah kembali menghirup udara di Shah Alam lebih kurang dalam 3 bulan akan datang
bakal merantau mencarik ilmu di negara Matahari Terbit ,Jepun bulan hadapan hingga bulan Julai
yang penting aku nak beraya dengan famili setelah 3 tahun berturut-turut beraya kat Sabah

Wish u all da best!
Seeru Ala Barakatillah!






Read more

3 ::Jangan Pelik , Jangan Keliru::

Sunday, April 24, 2011
bayangkan...
sedang korang berjalan bersiar-siar di taman-taman tasik
mahupun kompleks beli-belah
anda ternampak satu senario
dua orang lelaki keluar bersama
gaya penuh mesra dan rapat,
dua orang perempuan berjalan berpegangan tangan
saling menyuap ayam KFC HOT AND SPICY kemulut kawan masing-masing




apa yang akan timbul dalam pemikiran anda?
nampak macam pelik?
mcam pasangan gay dan lesbian?

tahniahlah!
korang berjaya dipengaruhi ideologi dan pemikiran barat
yang berjaya mensetting mindset korang
dengan memandang serong hubungan persahabatan yang amat mesra dan rapat
terjalin antara sahabat yang sama jantina
dan tanpa korang sedar
ideologi BARAT  ni berjaya menggalakkan pergaulan bebas 
antara lelaki dan perempuan yang bukan MAHRAM



Rasulullah s.a.w. ada bersabda mengenai 7 golongan yang akan dinaungi ALLAH S.W.T.
di perhimpunan di padang mahsyar pada hari kiamat kelak
salah satu golongan tersebut ada disebut Baginda

"Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



jadi jangan ingat rasa kasih sayang hanya pada yang berlainan jantina je ye...


P/S : posting atas ni  terkecuali sepenuhnya pada mereka yang kecelaruan gender.HARAM!

P/SS : Sempat jugak nak promote buku karya Hilal Asyraf (langitilahi.com) berjudul MATAHARI.


merupakan gabungan kumpulan cerpen tarbiah hasil garapan beliau.Sangat santai dan bermakna. Sarat dengan nilai tarbiah dan ukhuwwah.



Read more

1 ::Hari Ini Kita Bersahabat, Sampai Bila-Bila Kita Tetap Sahabat::

Saturday, April 23, 2011
jam 1 pagi
mata masih tak dapat nak ditutup
pandangan terarah ke timbunan album gambar yang tersusun rapi
yang hampir berhabuk tak terusik di dalam almari buku bilik aku
sehelai demi sehelai halaman album diselak
meneliti setiap gambar silam yang tersimpan kemas
memori zaman persekolahan terimbau kembali
wajah satu persatu sahabat bermain dalam ingatan
yang paling aku ingat adalah 4 orang sahabat yang akrab dengan aku

merekalah penghibur hati tatkala berduka dimarahi ustazah angkara tak hafal surah hafazan
merekalah sahabat sepermainan tika beriadah di taman permainan setiap petang selepas sekolah agama
dan yang paling aku ingat
merekalah teman team basikal berkonvoi tiap kali hari raya menziarahi rumah cikgu dan rakan-rakan lain




Syafiq Afandi
teman yang paling lincah
paling sempoi
dulu sekolah rendah jadi biasa-biasa je
masuk sekolah menengah terus bergeliga
kalah kami semua
dengar sekarang sambung kat UiTM Puncak Alam sana

Rahimi
teman ala-ala bonzer
pi rumahnya kalau tak jumpa kucing memang tak sah
selalu basikal maknya jadi peneman
pi sekolah, pi konvoi raya
sekarang jadi student poli sabak bernam

Shazwan 
ni sahabat aku yang special
ape taknya
dari sekolah rendah sampai sekarang
gaya tak penah berubah
yang tak boleh blah
dia ni suka marah-marah time main bola
tak kira time PJ maupun match sebenar
(jangan marah aku ek wan..hehehhe)

dan sahabat yang paling aku kagumi
Allahyarham Nur Asyraf
arwah ni aku start kenal time darjah 5
tak macam 3 kawan aku yang atas ni yang aku kenal sejak darjah 1 kot
sebab arwah budak lompat (ambil exam PTS darjah 3 lompat masuk darjah 5)
arwah ni dah kira macam kembar aku 
nama pun dah hampir sama
selalu cikgu salah panggil aku sebagai dia dan dia sebagai aku
sangatlah bergeliga
selalu aku dengan arwah fight no dalam kelas
kalau aku no.1 dia akan no.2 dan sebaliknya
namun pada suatu malam
time tengah sibuk dengan orientasi baru masuk universiti
aku dapat 1 mesej yang betul-betul melemahkan lutut aku untuk berdiri
berita pemergiannya akibat kanser tulang yang dialaminya
alhamdulillah aku sempat berjumpa dengan dia lebih kurang 2 bulan sebelum tu
aku betul-betul tak dapat menerima berita tu
namun Allah lebih menyayanginya
aku redha dan pasrah akan rencana Illahi

Buat Syafiq, Rahimi , Shazwan
aku dedikasikan posting kali ni
atas persahabatan kita semua
moga korang semua terus berjaya dalam bidang masing-masing
tapi yang penting persahabatan kita jangan pernah bernoktah


Al-fatihah buat
 Allahyarham Muhammad Nur Asyraf bin Mohd Sadni





Kisah Cinta


Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
Read more

3 ::Aku,Kau dan Mereka Kita Semua Sama Sahaja::

Friday, April 22, 2011
::sori ye kome sume, posting awok kali ni berat sikit::

"Mahathir ulang - 'DAP parti perkauman"

"Utusan , PERKASA -Apikan Sentimen perkauman"

Atas ni adalah antara tajuk berita yang aku baca dari Malaysiakini.com
era sebelum dan pasca PRN SARAWAK tempohari
semuanya berkisar tentang sentimen perkauman
yang akhir-akhir ni makin-makin ditonjolkan

Tun Dr. Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia
dengan lantang dan yakinnya
melabelkan parti DAP, salah satu parti komponen dalam PR (Pakatan Rakyat)
telah membawa sentimen perkauman yang telah berjaya menawan hati pengundi cina di Sarawak
hinggakan berjaya menguasai kawasan-kawasan yang ramai pengundi berbangsa cina
boleh baca di SINI

Pakatan Rakyat (PR)


Barisan Nasional (BN)

Lagi satu berita pulak tentang UTUSAN, salah satu akhbar di Malaysia
dan PERKASA, salah satu pertubuhan yang dikatakan menjaga kepentingan Melayu di Malaysia
kedua-dua pihak ini dikatakan telah cuba membangkitkan isu perkauman seperti

mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup
 “membalas susu dengan tuba”
 boleh rujuk di sini

bagi aku perkara-perkara ni sepatutnya tak berlaku
dalam Malaysia yang sering dicanangkan slogan 1 Malaysia
1 Malaysia tu melambangkan semua bangsa bersatu-padu, bertolak ansur
apa la guna mencanang 1 Malaysia tapi hakikatnya berbilang-bilang Malaysia


Allah pun pernah berfirman dalam Surah AL-Hujurat ayat 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

nah, sudah jelas lagi bersuluh
Allah tak pandang umatnya dari segi bangsa
tak kiralah Melayu, Cina, India 
kulit gelap, coklat, pink, hijau (eh, ade ke?)
semua Allah pandang sama je
yang bezakan hanya tahap keiman dan ketaqwaan
jadi janganlah bangga dengan bangsa masing-masing
janganlah gaduh-gaduh memburukkan bangsa lain
kalau aku,

AKU TAK BANGGA JADI ORANG MELAYU
TAPI AKU BANGGA JADI ORANG ISLAM




Anda pula bagaimana ? 
Read more

5 ::Aku , Grafik Designing dan ... ::

Thursday, April 21, 2011
jam 11 malam
terlelap kepenatan atas katil separa king size
tiba-tiba hp aku berbunyi
ringtone 'Kisah Cinta'-Feelhoney




sony ericsson w395 diangkat panggilan dijawab
"salam acap. tolong designkan abang tag untuk program esok. 
kalau boleh siapkan dan hantar kat email abang.
butir-butir nanti abang sms.terima kasih ek"

sudah...

inilah senario yang selalu aku hadapi 
selaku designer profesional
tak kira masa ada saja kerja yang masuk
waktu ada assignment melambak
waktu tengah syok menaip thesis
waktu tengah cuci tangki ikan
sampaikan tengah tidur pun ada je insan-insan yang memerlukan pertolongan
untuk mendesign bahan untuk program diorang

aku rasa hidup aku ni dah sebati dengan medan design mendesign ni
walaupun taklah sehebat mana pun

nak dijadikan cerita
aku ni mula berjinak dengan mendesign ni time aku sekolah menengah dulu
selaku ketua editor majalah sekolah
 (aiseh, ter riak pulak. astaghfirullahalazim)
software yang mula aku kenal adalah ADOBE PHOTOSHOP


masuk matrikulasi aku 'slow' sikit sebab takde laptop
tapi tetap jugak setia dengan ADOBE PHOTOSHOP
 time duk menyalahgunakan komputer makmal sains informatik

masuk universiti ni pulak
aku makin maniac dengan kerja-kerja mendesign ni
tambah-tambah lagi kalau tiap kali join program

"ok acap, kau jadi ajk publisiti"

sabo je la ...
tapi sebenarnya lagi aku gumbira
sampaikan time tension pun aku boleh lak layan PHOTOSHOP
kalau tak percaya rujuk balik post ni
hahahahaha

antara karya poster program yang agak cincai time 1st year


sekarang ni aku melantik diri aku
unutk jadi designer tetap bagi Group Komuniti Sarimon's Legacy
Group FB keluarga besar, suku sakat aku
balik-balik kena la design untuk diorang
lagi-lagi baru-baru ni mereka telah memperkenalkan
t-shirt uniform untuk puak lelaki untuk di pakai dalam mana-mana majlis
insyallah sekarang ni akan masuk t-shirt yang ke-2

jadi aku ada jugak plan untuk bukak bisnes
printing dan designing lepas habis belajar ni
tapi kena banyak lagi belajar
jadi siapa-siapa yang pro 
boleh lah mengajar aku nanti tanpa dikenakan yuran
kan ikhlas itu baik
dapat ganjaran pahala...
betul tak?
hehehehe










Read more

6 ::Anak Gambargrapher Yang Unik::

sepanjang pengamatan aku la
dari anak abang-abang sepupu aku
anak diorang ni
memang ada bakat berposing sejak dari kecil lagi
pelik awok memikirkan
sabo je la...


ni anak abang sepupu aku, abg aman sama kak mila
namanya IRDINA RAMADHANI (sebab lahir bulan ramadhan rasanya)

"tolong! tolong!" ni time irdina kecik


ni gambar baru kot
aku pun tak pasti sebab dah lame tak jumpa



ni pulak anak abang sepupu aku, Abang Ijal sama Kak Ina
Nur Fitrah Aini





 ni namanya Ahmad Eiman Mikhael
anak abg ajey dengan kak wanie

eiman ni memang ultraman maniac


 ni latest gambar.dah beso dah

semua bapak kepada bebudak ni adalah photographer yang pro la (puji sikit kasi riak sikit)


ni pulak aku dapat kat blog http://kristinandkayla.blogspot.com
memang kreatif dan ekstrem la bapak diorang ni
mempergunakan anak-anak beliau

membuli santa untuk dapat hadiah lebih


main game ANGRY BIRD


dilamun cinta


eksperimen sains


ni mahut punyer aksi

nak tengok banyak lagi gambar diorang klik je kat SINI

Read more

1 ::Mood Today::

Wednesday, April 20, 2011

smart kan gambar ni
HAHAHAHA


Read more

3 ::Tertekan Lagi Ditekan::

Tuesday, April 19, 2011
:kembali bagi mengubat kerinduan pada blog ni:

TEKANAN,STRESS,PRESSURE,TENSION
semua perkara atas ni sememangnya sudah menjadi kebiasaan
bagi makhluk yang digelar manusia
mungkin kita sering mengeluh kalau tertekan
lagi la bertambah pressure kalau ditekan lagi oleh anasir luar

ada orang kalau STRESS dia LUAHKAN MELALUI DIARI
ada orang kalau STRESS dia LUAHKAN PADA BFF
ada orang kalau STRESS dia MEREPEK DALAM FACEBOOK
ada orang kalau STRESS dia BANTAI MAKAN BANYAK-BANYAK
ada orang kalau STRESS dia MERAUNG SAMPAI HISTERIA
ada orang kalau STRESS dia PUKUL ORANG

tapi bagi aku kalau aku stress aku lebih suka berdiam je
pastu bukak laptop, select ADOBE PHOTOSHOP


pastu startla buat design apa-apa
kadang-kadang idea melimpah-ruah time stress ni
dengar macam pelik
tapi itulah hakikat aku
hakikat ciptaan ALLAH yang penuh misteri



namun, "Dengan mengingati ALLAH, hati-hati akan menjadi tenang..."
(Surah Ar-Ra'ad ayat 28)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." 
(Surah Al-Ankabut: ayat 2)
wallahua'lam

p/s:sekarang ni aku layan group nasyid underground 'FEELHONEY'.syok pulak lagu diorang
boleh pergi ke fanpage diorang.klik je kat sini


Read more

0 ::Kembali Dalam Kesibukan::

Tuesday, April 5, 2011
Alhamdulillah
lama jugak tak menjengok blog ni
mesti peminat-peminat aku ramai yang kecewa sebab dah lama tak terhapdate
bersalahnya aku (hihihi)

sekarang ni tengah membuat pecutan saat akhir 
assignment + thesis + VIVA presentation + pikir pasal LI + pikir pasal generasi akan datang + pikir walimah

dan tinggal beberapa minggu lagi 
aku akan menamatkan sisa-sisa kehidupan di UMS ni
rasa amat berat nak tinggalkan segala memori, sahabat-sahabat, junior-junior, fan-fan (kalau adela)
moga masa yang tersisa ni diabadikan sebaik-baiknya

buat semua
terimalah lagu yang khas dicipta oleh aku




Kisah Cinta

Album : KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 1 – NASYEED UNDERGROUND
Munsyid : FeelHoney
http://liriknasyid.com


Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

(jangan nangis ek pas dengar lagu ni)
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates