Followers

5 ::Kau Azam , Aku Bukan::

Thursday, December 31, 2009
SEPERTI BIASA MULAKAN DENGAN SALAM

akhir-akhir ni
time aku berguling-guling (trademark blogwalking aku..jgn tiru) dari blog ke blog
aku tengok masing-masing cerita pasal tahun baru
bagus la semua still alert yang kita akan masuk tahun 2010

 

bila masuk tahun baru je mesti ada azam baru
pakwe baru nama azam pun ade jugak 
(sape minum oren jangan ngaku rasa sirap)
bagi aku bila-bila masa je kita boleh buat azam baru
 
nak tahu apa azam 2010 aku?
aku nak tunaikan azam tahun 2009
ape pulak azam tahun 2009?
nak tunaikan azam 2008
azam 2008?
nak...............................

p/s : itu lah aku yang memang sentiasa akan pastikan setiap perkara selesai sebelum buat yang baru
boleh lah contohi aku...

ape pun 

SELAMAT TAHUN BARU 2010
&
1431H
moga kita jadi insan yang lebih baik
meskipun kesempurnaan itu mustahil untuk dikecapi...


SYUKRAN JAZILAN MAASSALAMAH
DARI SAYA, ISTERI DAN ANAK TEKAK


Read more

2 ::Mereka Seragam::

Wednesday, December 30, 2009
SALAM

aku baru je tolong mak aku

pilih kain untuk kenduri kawin kakak sepupu aku
kat FB je
mak cik aku tu tahu aku ade berukband broadband
terus dia hantar kat FB aku gambar kain yang suruh pilih
aku la jadi mangsa
takpe..berkorban


antara corak yang diusulkan dalam mesyuarat kain diorang


ni aku nak cerita pasal uniform
bukan uniform sekolah
tapi uniform para wanita, ibu-ibu
yang dipakai time kenduri kawin

kalau korang nak tahu
kaum perempuan keluarga besar aku
dari makcik- makcik aku (include mak aku)
sampai la sepupu-sepapat perempuan termasuk kakak dan adik perempuan aku
diorang akan ada baju uniform tiap kali kenduri kahwin sedara mara kitorang
tu yang kira-kira 2 bulan atau sebulan before kenduri
diorang akan buat mesyuarat pilih corak kain yang sesuai

pastu bila time kenduri kahwin
memang tengok macam kumpulan nasyid AL-JAWAHEER pun ada
memang seragam la
hahaha


kan aku dah cakap macam kumpulan nasyid

kesian kat kitorang yang lelaki ni
pakai baju t-shirt biasa je

"ucu,sponsor la t-shirt ni..hahaha"

paling koman pun sponsor la tuxedo baju batik untuk kitorang
hahaha

family korang ada camni ke?


Read more

5 ::Syok Yang Amat::

Tuesday, December 29, 2009

aku tengah dalam xtraordinary happy feel ni


sape nak join angkat tumit kaki...


begini ya...


Read more

3 ::Andai Kau Jatuh...::

Monday, December 28, 2009
SALAM BUAT KE 2 KALINYA UNTUK HARI NI

posting kali ni kira qada' untuk hari-hari sebelum ni yang aku tak hapdate

Andai Kau Jatuh...
adakah jatuh tangga,
jatuh bergolek-golek (macam tenggiling)
jatuh terlentang depan budak perempuan (macam berpengalaman je)
mahupun jatuh cinta (erk..aku tak pernah ek..kecik-kecik aku baik)

walauapapun jatuhnya kita semua
kita pasti boleh bangkit bangun semula
kecuali lah kalau tulang kaki mahupun tulang belakang dah patah

begitu juga hidup kita
setinggi-tinggi mana kita berada bersama kejayaan
sampai satu ketika kita akan jatuh juga
walaupun sedikit
namun ia memberi kesan yang cukup mendalam



macam aku sendiri
aku ni dulu kira budak pandai la jugak (sudah mula riak lak dia)
memang dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dapat kelas yang 1st memanjang (kelas 1st kire pandai la)
tapi aku start diuji bila time form 4
untuk pengetahuan aku ni kureng sikit bab math ni
lagi-lagi kena ambil subjek add math yang susah tahap gaban la (bagi aku la)
setiap kali ujian add math aku mesti fail la
bila dapat kertas jawapan balik
aku cepat-cepat sorok
malu maa mau bagi kawan tengok sebab diorang sume tinggi-tinggi la markah
time SPM alhamdulillah la lulus
harap je kimia A dengan bio B
benda ni berlarutan sampai aku matrix
math pun cukup makan je
kecewa sungguh la time tu sebab tak dapat aku further study bidang FARMASI @ VETERINAR
maka aku tercampak la ke UMS ni dalam bidang PERUBATAN...(ok la tu perubatan)
bukan doktor la...
PERUBATAN IKAN a.k.a AKUAKULTUR

start dari aku mula jejakkan kaki ke UMS
aku dah bertekad untuk cemerlang
biarlah kegagalan lalu jadi penguat semangat untuk bangkit semula
sebab aku tahu...
kita tak boleh jadi orang lain yang memang dianugerahkan kepandaian
tapi kita boleh jadi lebih baik dari kita yang dulu...

jadi di kesempatan ni
nak ucap tahniah la kat adik-adik yang cemerlang dalam PMR
dan yang kurang berjaya tu boleh tingkatkan lagi usaha
SPM masih ada lagi
jangan kecewa sampai nak terjun dari tingkat3 bangunan sekolah
dosa tu...
paling koman pun frust
pergilah buat lobang kat belakang rumah
bolehlah mak korang tanam bawang
lagipun sekarang bawang mahal tau...hahaha



ok la...ADIOS

p/s : tiba-tiba macam dirasuk semangat DR FADZILAH KAMSAH time taip posting ni
p/s : posting ni gak untuk adik sepupu aku yang agak kecewa dengan result PMR dia
tak pe..boleh lagi tu...nanti aku belanja ko gule-gule sebijik kalo ko perform SPM nanti...






Read more

1 ::Sekupang Untuk Korang,Sejuta Untuk Aku::

SALAM PADA SEMUA GENG

tengah aku duk pikiaq ape la yang aku nak hapdate blog ni
tetibe muncul lak duit sekupang kat poket aku
misteri sungguh...dipercayai diletakkan oleh Jin Notti ataupun sahabat handainya (dah stat merepek dah)

actually (kembang idong speaking),
nak tanya kat semua pembaca la.
parent korang memang ada bagi duit poket tak kat korang?
tak kire la setiap minggu, bulan ataupun tahun.


boleh pulak camni...

kalau aku memang tak ada
sebab parent aku memang tak bagi
kalau nak beli barang mintak je duit
time tu jugak dapat
terutamanya mak aku la
kalau nak mintak kat bapak agak tidak berani...hahaha

tapi sebenarnya mak aku ada langkah bijak
dia akan simpan duit kami adik beradik
macam duit belanja mahupun duit raya
lepas tu bila dah menggunung
dia akan tunjuk la hasil kutipan bahagian kami
memang terkezut la
senyap-senyap je dah kumpul beratus-ratus hinggit
lepas tu simpan la dalam bank
dan sikit duit buat makan ramai-ramai kat pizza ataupun tempat makan yang best-best
 
respek la sama mak aku
boleh lantik jadi menteri kewangan ni...

kalau aku tengok trend sekarang
memang parent akan bagi duit belanje a.k.a duit poket
dan anak diorang suka hati la nak abiskan time tu jugak ataupun tak
selagi cukup untuk hidup sebelum menanti duit poket minggu, bulan ataupun tahun seterusnya

anda pulak bagaimana..?


Read more

7 ::Balik-Balik Kartun::

Saturday, December 26, 2009
SALAM KEMBALI

kali ni jom mengembara ke zaman kecik kiut miut dulu
yang kerja asyik main, tengok kartun, makan...
tu jela yang diulang aktiviti seharian

sebut pasal kartun
teringat aku time kecik dulu
banyak betul kartun yang aku suka
kat bawah ni adalah antara kartun yang aku 'KIPAS-SUSAH-MATI' la
mungkin korang pun minat jugak tapi malu nak mengaku...
layanzzzz.....


DASH YONKURO ni cerita pasal kereta lumba mainan. yang peliknya kereta tu kena pukul pakai kayu hoki lak tu. kenapa la tak pakai buluh ke, batang paip ke.ok what.memang hot la time tu.siap keluar permainannya.siap tumpang main kat rumah jiran sebab dia ada trek kereta mainan.siap modify bagi laju la.
kadang-kadang longkang pun jadi mangsa sebab dijadikan trek...



FLASHMAN lak kira macam adik beradik POWER RANGERS la.cuma dia produk keluaran Jepun.
memang aku tak miss la cerita ni.siap hafal lagi lagu dia. ni kalau dulu masuk kelas bahasa Jepun mesti cemerlang la..hakhak. yang paling aku suka time last nak bunuh raksasa..diorang gabung-gabung senjata pastu tembak secara berjemaah...memang masyuk la..

Ni memang tak perlu diperkenalkanla. POWER RANGERS ni siap dah berbelas keturunan dah. boleh buat salasilah keluarga dah. Ni pun aku siap hafal lagu dari MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS lagi.dia punya susun atur pun aku hafal.lepas power ranger zeo power rangers turbo,pastu power rangers bla bla bla... Last aku tengok time sekolah menengah.siap kat asrama tu kitorang tengok ramai-ramai.memang penuh la bilik tv time petang sabtu. siap kutuk-kutuk lagi dah kena belasah sikit dengan orang jahat boleh tercampak jauh-jauh.kutuk-kutuk pun tengok jugak..Tapi bila dah naik form3 aku dah tak ada nafsu nak tengok...

"CYBERCOP BERSEDIA.CYBERCOP BERSEDIA.MEMAKAI KELENKAPAN." haha.boleh ingat lagi bila diorang nak bertukar tu.diorang masuk dalam kapsul yang ada dalam lori yang cam markas diorang la (dari luar nampak kecik je lori tu..pelik) ada motor yang laju gile la...teringin nak naik..haha.bila nak ambil senjata kena guna kad pastu cucuk kat satu mesin yang boleh muncul kat celah mana-mana pun..tang pokok la,pasu bunga la kadang-kadang kat pili bomba pun ada.sampai aku dengan geng main aku pun terikut.siap guna kad ATM bapak masing-masing lagi...hahaha



MASKED RIDER pun aku minat gak. kalau tak silap time tu panggil SATRIA BAJA HITAM.bila tengok balik nama dia lawak gak. tang motor memang smart and simple la.Sekarang ni pun cerita ni still ada tapi lagi mantap la kostum diorang. kadang-kadang aku tengok  jugak kalau tak ada kerja. Kalau aku tak silap yang the latest MASKED RIDER DECADE kot. Alah...yang ada garis-garis kat muka tu.


Ni lagi satu aku suka. memang tak akan keluar main petang kalau tak habiskan tengok cerita ULTRAMAN ni sebab dia tayang time petang. Ni pun boleh buat salasilah keturunan dan jual memang laku la. Dah memang jadi tradisi tengah syok-syok lawan raksasa tiba-tiba lampu mentol kat dada dah berkelip warna merah. Lagi satu lepas habis lawan mesti terbang ke langit...aku terfikir time tu kenapa la tak bertukar je jadi orang kat situ jugak. menyorok la belakang bangunan kalau malu...haha.memang kreatif la otak budak-budak.

tu jela yang aku ingat. memang best kalau teringat balik zaman kecik-kecik dulu.tak perlu la nak tungkus lumus study mengadap buku bila time exam...
papepun memang syok la jadi budak kecik..hahaha

ADIOS


Read more

6 ::Renungan:Pesan Atok..Episod Emak::

Friday, December 25, 2009
SALAM...

sekarang ni tak ada idea nak hapdate
saje jalan-jalan tengok laman web xxx islamik
tibe-tibe berkenan pulak kat komik ni
layan je la yek korang semua...










klik kat gambar bagi yang kurang 'zoom' mata dia 

credit comic : www.iluvislam.com


moral of da komik : hargai ibu tersayang selagi dia masih ada di sisi kita...

p/s : sedih tengok budak zaman sekarang boleh lak pukul mak bapak sendiri...
Read more

0 ::Candid Photo Contest::

AWAL SALAM PEMBUKA BICARA

bermulelah hikayat...
ketika mane aku jengah blog yg indah ini (uweek..)
make dan sesungguhnye ade geng baru merafak sembah kat shoutbox aku
ajak masuk contest dia
make aku pun singgah la barang seminit due kat blog dy
make aku tengok contest tu buatkan hatiku terpaut
tambahan pula ni baru 1st time b'jinak ngan contest
lagipun agak bez la


klik atas gambar untuk link ke blog contest

carik punye carik
dapatlah gambar yang seadanya ni...



gambar ni dicurik ambik time kerja lapangan
sedang salin penerangan tentang sistem pam air laut berfungsi
dari laut salir terus ke tangki ikan

harap penyertaan ni diterima oleh pihak penganjur


sekian daripada saya...
kembali ke studio 8...



Read more

4 ::Lekat Melekit::

Wednesday, December 23, 2009
kengkawan...

tolong!!!
TOLONG!!!

ajar camne nak wat entry sticky mode...
aku budak baru belajar....

PINTA DENGAN SANGAT
Read more

1 ::Entah Ape Ntah::

Tuesday, December 22, 2009
saje nak kongsi gambar aku
bile dah dikartunkan
harap jangan mengata mahupun iri hati

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



*wink*
TERIMALAH KENYATAAN WALAUPUN IA PAHIT
Read more

0 ::Menyelami Nota Hati Seorang Lelaki::

SALAM
 
baiklah semua
posting kali ni nak menjawab persoalan dari posting yang lepas
apa agaknya kaitan puisi yang lepas ngan posting kali ini
ha, sebenarnya NOTA HATI SEORANG LELAKI 
ni sebenarnya sebuah buku motivasi
yang saya baru habis baca
kakak saya yang bagi
sangat menarik
 

 

tengok kulit buku pun dah rasa ketenangan lantaran warna hijau yang digunakan
penulis buku ni memang tak asing lagi
USTAZ PAHROL MOHD JUOI
kalau anda pernah dengar lagu nasyid PUTERIKU SAYANG nyanyian HIJJAZ
USTAZ PAHROL la penulis liriknya
saya suka pada lirik hasil tulisannya sebab sangat puitis
(tambah lak ustaz ni bapa kawan saya time kat matriks dedolu)

kembali pada tajuk...

NOTA HATI SEORANG LELAKI ni memang sangat bagus
tulisannya memang santai
buku ni bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki
tapi ada juga menyentuh isu RUMAH TANGGA,PENDIDIKAN, MORAL,EKONOMI,POLITIK dan lain2

terbahagi kepada 4 bahagian yang masing2 mengandungi pecahan tajuk yang menarik perhatian. antaranya:
 
NOTA HATI SEORANG ANAK
  • Dialog di pusara ayahanda
  • Seni menjaga hati ibu
NOTA HATI SEORANG SUAMI
  • Cinta pertama VS Cinta utama
  • Kalau hati baik, Wajah sentiasa cantik
  • Seronoknya kahwin bukan untuk berseronok-seronok
NOTA HATI SEORANG AYAH
  • Merancang 'mati' untuk hidup
  • Juara yang ingin jadi no.2
  • Darah atau syahadah
NOTA HATI SEORANG DA'IE
  • Selamat pendek umur
  • Maafkan agar dimaafkan
  • Bertutup tapi terbuka
...dan banyak lagi
jadi gadis yang sedang bercinta tu, bolehlah hadiahkan pada teman laki anda
biar diorang baca tambah ilmu sebelum jadi ketua keluarga

isteri lak boleh bagi pada suami sempena ulangtahun perkahwinan
ibu boleh bagi pada anak lelaki
dan anak boleh bagi pada ayah

tak la mahal harganya
RM20 - SEMANANJUNG
RM22 - SABAH SARAWAK

lagi elok dari guna duit tu wat beli majalah yang tak berfaedah

ok la itu saja...
SYUKRAN JAZILAN

p/s : terus insaf tyme tulis posting ni...



Read more

1 ::Nota Hati Seorang Lelaki::

Monday, December 21, 2009
Izinkan LELAKI itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi di terpaksa...
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
... walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa...
LELAKI itu kan pergi jua!

-ustaz Pahrol Mohd Juoi-


..........................................................................................

eh,tetiba lak jadi puitis posting kali ni
nape ek?
tunggu posting akan datang untuk tau jawapannye...
Read more

0 ::Pusing-pusing Jadi Penin::

Sunday, December 20, 2009
SALAM ALAIK

tetibe malam ni nak hapdate lak
dah lame tak hapdate blog merepek ni
dah la merepek
follower pun 3 ketul je
(tak pe...bersyukur dengan pe yang ade)

dah sebulan lebih cuti ni
jadi cepat boring la kalo tak gi mane2
susah nak kuar gi jejalan ni
aku kalo kuar tak suke sekadar cuci mate je
mesti mau beli pape
jadi tak la aku kuar sebab ongkos belum dikorek kat ATM lg
tambah lak kami sefamili suke gi jalan2 bile sume ade
jadi pagi tadi my dad ajak jalan2

pusing punye pusing (shah alam je...tak larat gi jauh2)
singgah la kat SACC mall

 ni je sempat untuk diamik gambar

melahap pizza
angkara adik kecik aku ngidam nak makan piza mengalahkan orang ngandung
tapi bagus gak boleh aku join skali
 

syabas pada adikku sebab berjaye berlakon ngidam piza

pastu singgah jap solat zohor kat seksyen 13
solat jangan dilupe ya kawan2

pastu sambung round da Shah Alam
tetibe nampak iklan expo peladang
wat kat sebelah Stadium Melawati
make gi la tgok2
 

duta kambing (berbaju birukah...?)

fuyooo...
banyak menatang ternakan
kambing je dah berbelas spesis
tambah arnab lagi
kuda dan rusa tak ketinggalan
segale jenis pokok pun ade
 

limau yang bagak giler

cubaan mengubah padi jadi sushi...


aku nak jugak..aku nak jugak

tapi makanan la aku tengok paling banyak
tapi aim aku ikan la (sebab saye suke ikan)
tapi cam hampeh
harap je name expo peladang,penternak dan nelayan
tapi ikan seciput je
ikan hiasan lak sume tu
 

ni jela ikan yang cun kat situ...
 
ingat boleh la beli benih ikan wat bela ala ekstensif
tapi keciwa

bagi mengubat ati yang berduka
make aku snap la gambar ngan kambing2, kuda
 

aku lagi ensem...haha 

kuda aku baru beli..nak pinjam?

curik amik gambar..cam kartun BAMBI lak
 

rusa ngan arnab kalo nak amik gmbr dekat kena bayar
malas nak korbankan duit hanya kerana menatang2 itu...
memang aksi terlarang la kitorang wat
 

kami = kambing, kambing = kami..?


jangan nakal2 ye Jimbo... 


sudah ku bilang.ini duta kambing...


teknik menjinak rusa (sila abaikan wanita berbaju biru itu)
 
sume pandang dengan pandang semacam je
tapi ape aku kesah 
yang penting aku HAPPY

hahaha
 
ok la tu saje
nak men game fishville
ikan aku dah lapo dah

ADIOS CIKAPOT

Read more

0 ::Anda Mampu Melakukannya::

Saturday, December 19, 2009



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....


6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu.

Read more

0 ::Apekah::

Friday, December 18, 2009

skang ni aku takde mood nak merepek


sebab aku ngah LAPO


itu saja...
Read more

0 ::Detik Baru::

Thursday, December 17, 2009
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

arini ari pe ek murid2?
Khamis?... Memanglah ari Khamis
pe?...Ari cuti?...adoi, memang la kamu sume ni.

arini kan,
bile maghrib menjelama (efek bunyi salakan serigala)
maka...jengjeng

kita masuk taun baru Islam 1431H

Jadi jangan lupe ek bace DOA AKHIR TAHUN b4 masuk waktu maghrib
N
DOA AWAL TAHUN pas maghrib ek

moge taun baru ni dapat mengubah kita jadi lebih bek lagi
jangan duk buang mase men FB je ye murid2 (ops..ade org terase ke?)




SALAM MAAL HIJRAH 1431H
Read more

4 ::Sudikah Kau Terima Aku::

SALAM 1000X SALAM

alhamdulillah, berkat kesabaran aku n doa anda sume
akhirnye BERUKBAND...ops, BROADBAND (perlu sebut betul.nanti meragam lagi)
dah boleh gune dah
penat tul aku pose on9 selame 2 ari (lame tu)

Cuti skul ni akan jadi rutinla psgn wanita n lelaki (memangla...x kan laki ngan laki @ wanita ngan wanita)
mengadakan majlis perkahwinan
kalo tengok kat umah ni melonggak kad jemputan kawin
pasni boleh la tuko hobi kumpul kad kawin

back n comeback to da topik ok...

abg sepupu aku pun x melepaskn peluang gak
setelah membujang skian lame (lame ke?)
ahad lepas dia ngan isteri baru dy watla knduri smbt menantu kat kampung aku
a.k.a umah dy la
sebab mggu sebelumnye dah wat kat belah istri dy
memang kitorang sanak sedare makan angin la
tambah lak istri dy org pahang (sekali lagi pahang)
nek bas cam rombongan Cik Kiah lak...HAHAHA

ok la...dah penat tulis
tgok jela gambar sepanjang majlis berlangsung
boleh gak faham gambar ikut imaginasi sendiri
TAPI jangan kuar tajuk lak...
LAYANZZZ...



nila pengantin tu..tiut tul...haha (x boleh, bwh umur lagi)



nila sebenar2 nye pengantin tu...segak n tampan abg spupu aku ni (ingat free ke puji ni..ulur la ckit)


sodap tul makanan


 
epi...ko bile lagi...? (pengapit sebelum)




pengapit selepas kepanasan


untung anak buah aku dapat pak cik cam aku
siap leh masuk blog tu...
pasni rajin2 la ngendeng pak cik ek..
kihkih 

 

irdina...

 
dah mula beraksi dah dak tomei ni 




ni lak hero...




eh, jangan jeling acik camtu...kensel la masuk blog

pas anak2 buah bergambar
skang giliran makcik n pakcik lak beraksi



ini adelah kumpulan nasyid ek kawan2



ni akak aku yg suke inteprem
nsb bek kamera dy rosak.kalo x lg banyak gambar dy


haa..gambar pasni harus diperhatikan betul2 ya
jgn kelip mate kalo boleh...

 

penat tul...


 teknik mengawal pernafasan


makcik pakcik...nilah calon suami yg ideal utk anak pmpuan kalian...

ADIOS...JUMPE LAGI





 





Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates