Followers

::Tepuk Dada Tanya Iman::

Monday, January 11, 2010
SALAM...

hari ni dikejutkan lagi dengan insiden pengeboman gereja
kali ni bertempat di Taiping, Perak
2 buah gereja diserang oleh mereka yang tak bertamadun
setakat ni sudah 7 gereja diserang
dan sebuah surau di klang di baling batu
makin menjadi-jadi pulak benda ni
macam mana nak merealisasikan 1 MALAYSIA kalau masing-masing tunjuk keras kepala

pertahankan nama ALLAH
tapi kehidupan tak ikut suruhan ALLAH
tertarik dengan gesaan seorang penganut kristian
Datuk Clarence Bongkos Malakun
menyuruh masyarakat kristian menarik balik tuntutan menggunakan nama ALLAH
bagi menjaga keharmonian
petikan ucapannya adalah seperti di bawah :

"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan 'Allah' bukan hanya boleh digunakan orang Islam, kita harus sedar reaksi masyarakat dan organisasi Islam terhadap perkara itu.

"Masyarakat Kristian harus faham bahawa umat Islam marah kerana perkataan 'Allah' sudah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam.

"Saya sedar, kenyataan ini akan menyebabkan ramai penganut Kristian menyalahkan saya, tetapi jika penganut Kristian yang sebenar, kita harus memaafkan dan saling sayang menyayangi,"


"Biarkanlah saudara Islam kita saja menggunakan kalimah 'Allah' demi kebaikan kita hidup dalam aman dan harmoni.

"Dengan memahami 'Allah' itu Tuhan bagi umat Islam, masyarakat Kristian harus mampu menyesuaikan diri dengan situasi di negara ini bahawa Islam agama rasmi Malaysia. Jika kita terus mendesak, ia akan mengakibatkan keadaan bertambah buruk,"


-dipetik daripada BERITA HARIAN ONLINE-

p/s : tangkap je orang yang suka sangat bom ni guna ISA. Kan ni mengganggu ketenteraman awam
wajar sangat lah...so, apa lagi.bertindak lah sebelum keadaan menjadi nazak.


4 comments:

Armyrule said...

habis hura hara jadinya...klu org islam yg bakar gereja tu...mmg aku kecam habis2an...islam tidak menghalalkan cara...tp klu org bukan islam yg buat kerja tu mmg niat diorang nak laga2kan agama Islam dgn kristian...

JMR said...

ni la konsep 1malaysia..pakat ramai2 bom sesama sndr..aiyoo..camner nk terus 1malaysia gini?;-(

acap de souza said...

betul tu...same2 kita doa agar mslh ni dapat diselesaikan dengan sempurna...

kasihkuamiera said...

aper nak jadi lah..takut la plk..karang jd cam kt luar negara perang sana perang sini
ya allah mintk2 jauh2 kan lah

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates