niat di hati nak carik video baru Feelhoney kat youtube
tiba-tiba ternampak pulak video NASYID AMAL ISLAMI SAMTTAJ 2011
apa lagi
teruslah aku klik sebab mau tengok pewaris-pewaris IJTIHAD yang baru beraksi
banyak jugak peningkatan teringat aku time mula-mula industri nasyid bertapak secara rasmi di sekolah aku SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGU AMPUAN JEMAAH SAMTTAJ SHAH ALAM
aku, faiz yusuf (mat), fikeri, faiz zainuddin, musa'ab, lokman dan izzat antara orang kuat yang mula mengorak langkah mewujudkan group nasyid yang rasmi ketika tu kami semua sudah tingkatan 5 kecuali izzat mat lah yang bersungguh membuat kertas kerja untuk mendapatkan alatan muzik yang lengkap alhamdulillah diluluskan pihak sekolah dan kami mendapat satu set alatan muzik yang kami kira sudah cukup lengkap ketika tu
barisan IJTIHAD 1ST GENERATION
aku takde sebab time ni patah kaki, beraksi belakang tabir dengan lirik
masuk part nama kumpulan pulak macam-macam nama dicadangkan kalau sebelum ni group kami yang tak rasmi diberi nama In-Soff , Rethoric (tak tau pulak maksudnya tak berapa elok). last-last bagi la nama IJTIHAD , bersempena nama majalah sekolah kami Alhamdulillah nama tu masih melekat lagi sampai sekarang
Latihan bermula dengan semangat baru dengan jurulatih yang baru dengan guru pembimbing yang cun sporting, Cikgu Hamidah dengan lagu dan lirik yang diberi nafas baru sanggup kutip duit masing-masing untuk beli shaker baru
maka perjalanan seni kami bermula pertandingan demi pertandingan disertai persembahan demi persembahan dipenuhi ada suka dan ada duka ahli lama berganti baru namun perjuangan kami tetap utuh
kini, 2011 IJTIHAD sudah melahirkan 6 generasi (kalau tak silap la) aku bersyukur kerana menjadi salah seorang penyumbang penyumbang kepada metod dakwah yang lebih berseni ini alhamdulillah
jangan pernah mengalah selagi syahid belum dikecapi
TERUSKAN PERJUANGAN ADIK-ADIK IJTIHAD!
p/s : teringin mau wat persembahan dengan IJTIHAD 1st GENERATION kat dewan sekolah...ada siapa-siapa mau sponsor?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yg betul..dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ (degil) .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh-sungguh… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..
BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
HITAM / PUTIH
Apa yang dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam tu hitamlah, kalau putih tu putihlah ….degil tak boleh toleransi
HATI
No 2 ni juga nampak je keras…tapi hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
BERDIKARI
very independent..mmg betul..tapi kalau terlebih indepent pun payah…..tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik-adik kena control kena report kat diorang ) ..
ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja dengan orang…ramai anak no 2 ni kerja sendiri
PEMAAF & CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jangan bg diorang marah….kalau depa marah faham sajer lah
PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....
p/s : yang tang degil, arahan dengan hitam/putih tu aku mengakulah aku ada.hahaha
merekalah sahabat sepermainan tika beriadah di taman permainan setiap petang selepas sekolah agama
dan yang paling aku ingat
merekalah teman team basikal berkonvoi tiap kali hari raya menziarahi rumah cikgu dan rakan-rakan lain
Syafiq Afandi
teman yang paling lincah
paling sempoi
dulu sekolah rendah jadi biasa-biasa je
masuk sekolah menengah terus bergeliga
kalah kami semua
dengar sekarang sambung kat UiTM Puncak Alam sana
Rahimi
teman ala-ala bonzer
pi rumahnya kalau tak jumpa kucing memang tak sah
selalu basikal maknya jadi peneman
pi sekolah, pi konvoi raya
sekarang jadi student poli sabak bernam
Shazwan
ni sahabat aku yang special
ape taknya
dari sekolah rendah sampai sekarang
gaya tak penah berubah
yang tak boleh blah
dia ni suka marah-marah time main bola
tak kira time PJ maupun match sebenar
(jangan marah aku ek wan..hehehhe)
dan sahabat yang paling aku kagumi
Allahyarham Nur Asyraf
arwah ni aku start kenal time darjah 5
tak macam 3 kawan aku yang atas ni yang aku kenal sejak darjah 1 kot
sebab arwah budak lompat (ambil exam PTS darjah 3 lompat masuk darjah 5)
arwah ni dah kira macam kembar aku
nama pun dah hampir sama
selalu cikgu salah panggil aku sebagai dia dan dia sebagai aku
sangatlah bergeliga
selalu aku dengan arwah fight no dalam kelas
kalau aku no.1 dia akan no.2 dan sebaliknya
namun pada suatu malam
time tengah sibuk dengan orientasi baru masuk universiti
aku dapat 1 mesej yang betul-betul melemahkan lutut aku untuk berdiri
berita pemergiannya akibat kanser tulang yang dialaminya
alhamdulillah aku sempat berjumpa dengan dia lebih kurang 2 bulan sebelum tu
aku betul-betul tak dapat menerima berita tu
namun Allah lebih menyayanginya
aku redha dan pasrah akan rencana Illahi
Buat Syafiq, Rahimi , Shazwan
aku dedikasikan posting kali ni
atas persahabatan kita semua
moga korang semua terus berjaya dalam bidang masing-masing
tapi yang penting persahabatan kita jangan pernah bernoktah
Al-fatihah buat
Allahyarham Muhammad Nur Asyraf bin Mohd Sadni
Kisah Cinta
Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai
kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..
air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali
walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
penduduk tetap Selangor namun terpaksa berhijrah ke Sabah demi menimba ilmu.seorang yang nampak pendiam dari luaran namun hakikatnya sangat meriah jika mengenalinya secara mendalam.suka berblogging dan merekabentuk grafik serta foto.