Followers

::Pandai Tapi Tak Pandai::

Sunday, May 1, 2011
ramai antara kita pandai dan genius
pakar dalam bidang masing-masing dan pelbagai bidang yang lain
tak mustahil lah banyak penemuan-penemuan baru
kajian-kajian diwar-warkan
bisnes kian mendapat keuntungan tinggi

namun tak ramai orang yang pandai dan genius 
yang telah menguasai satu-satunya bidang yang amat penting
termasuklah aku sendiri
iaitu BIDANG PENJAGAAN HATI INSAN
salah satu bidang yang amatlah penting
lebih penting daripada penemuan formulasi trigonometri
mahupun teori archimedis



kita mungkin sering menganggap seni menjaga hati insan lain amat enteng
namun hakikatnya besar impaknya pada kehidupan kita dan persahabatan sesama insan
kita mungkin pernah menggelar sahabat  dengan banyak gelaran
atas alasan ianya hanya senda gurauan
namun tanpa kita sedar ianya kurang disenangi sahabat
kalau sekali boleh dimaafkan
tapi kalau berulang-ulang kali pekehalnya la?
walau sudah tahu sahabat kurang senang dengan perangai jengkel kita
namun yang jengkel tu la kita suka buat lagi dan lagi



ingatlah, kata-kata kita boleh menjadi doa
dan yang paling penting

fahami hati dan jaga perasaan sahabat
sebelum kita minta difahami dan dihargai sahabat

jom makan nasik ambang dengan member!

p/s : lama dah tak reunion dengan member time sekolah dulu...

1 comments:

miss nia said...

hurm......

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates