niat di hati nak carik video baru Feelhoney kat youtube
tiba-tiba ternampak pulak video NASYID AMAL ISLAMI SAMTTAJ 2011
apa lagi
teruslah aku klik sebab mau tengok pewaris-pewaris IJTIHAD yang baru beraksi
banyak jugak peningkatan
teringat aku time mula-mula industri nasyid bertapak secara rasmi di sekolah aku
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGU AMPUAN JEMAAH
SAMTTAJ SHAH ALAM
aku, faiz yusuf (mat), fikeri, faiz zainuddin, musa'ab, lokman dan izzat
antara orang kuat yang mula mengorak langkah mewujudkan group nasyid yang rasmi
ketika tu kami semua sudah tingkatan 5 kecuali izzat
mat lah yang bersungguh membuat kertas kerja untuk mendapatkan alatan muzik yang lengkap
alhamdulillah diluluskan pihak sekolah dan kami mendapat satu set alatan muzik yang kami kira sudah cukup lengkap ketika tu
barisan IJTIHAD 1ST GENERATION
aku takde sebab time ni patah kaki, beraksi belakang tabir dengan lirik
masuk part nama kumpulan pulak
macam-macam nama dicadangkan
kalau sebelum ni
group kami yang tak rasmi diberi nama In-Soff , Rethoric (tak tau pulak maksudnya tak berapa elok).
last-last bagi la nama IJTIHAD , bersempena nama majalah sekolah kami
Alhamdulillah nama tu masih melekat lagi sampai sekarang
Latihan bermula dengan semangat baru
dengan jurulatih yang baru
dengan guru pembimbing yang
dengan lagu dan lirik yang diberi nafas baru
sanggup kutip duit masing-masing untuk beli shaker baru
maka perjalanan seni kami bermula
pertandingan demi pertandingan disertai
persembahan demi persembahan dipenuhi
ada suka dan ada duka
ahli lama berganti baru
namun perjuangan kami tetap utuh
kini, 2011
IJTIHAD sudah melahirkan 6 generasi (kalau tak silap la)
aku bersyukur kerana menjadi salah seorang penyumbang
penyumbang kepada metod dakwah yang lebih berseni ini
alhamdulillah
jangan pernah mengalah
selagi syahid belum dikecapi
TERUSKAN PERJUANGAN ADIK-ADIK IJTIHAD!
p/s : teringin mau wat persembahan dengan IJTIHAD 1st GENERATION kat dewan sekolah...ada siapa-siapa mau sponsor?
3 comments:
pergh, nanges nanges aku bace ni cap! huhu
geng nasyid dr skolah rupanya..babtu buat persembahan dinner akua hari tu. hehe.. sambung bernasyid kat jepun pulop =)
@kadok : nanges la ko..hahaha..syok ooo aku ingt blk 1st persembhn gune percussion baru kat dpn org ramai kat kompleks pkns..hahahha
@dayun : hehehe..tu la persembhn pertama dan terakhir kat UMS...kerja2 hatceri membataskan aktif dalam bidg ni..eh,adeka org jpun faham?hehehe
Post a Comment
"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"