Followers

2 ::Layan Jiwang Sebentar::

Sunday, January 24, 2010
yeszaaaa

da first video
aku post dalam blog terindah ni
layan je
memang masyuk



Read more

3 :: Sehangat MAGGI Kari Letop Yang POWER ~ 1::

SALAM POWER

uish,
gawat ni
dah 4 hari tak hapdate blog yang tertampan ni
kesian lak kat peminat blog aku semua
menanti posting baru
(statement yang sangat poyoz)

minggu ni minggu tersibuk
di UMS ni sedang hangat dengan pilihanraya kampus
macam universiti di semenanjung
ada la terlibat sikit dengan melobi geng-geng aku ni
bawah ni gambar time pengenalan calon yang berjalan malam semalam
ni je aku boleh lapor untuk posting kali ini
nantikan bahagian-bahagian seterusnya
maaf sebab kualiti gambar adalah di bawah standard ISO 9002
sebab pakai kamera berkuasa 2mp

papepun layan jela




 
 

Read more

6 ::Tipu Dalam Diam::

Tuesday, January 19, 2010
SALAM KEMBALI

rindu jugak nak hapdate blog
mula-mula pasang niat nak hadkan penghapdetan blog
disebabkan assignment kian menggila
tapi dah ketagih nak buat macam mane
orang hisap rokok pun kalau pagi puasa

kalau tak hisap dah macam nak separuh mati dah

dah-dah
merewang sudah aku ni
kembali kepangkal jalan ...

kalau hangpa ada facebook
mesti pernah perasan kewujudan beberapa group
yang dakwa menawarkan aplikasi terbaru
khusus untuk pengguna facebook

macam
boleh tengok orang yang tengok profile kita




boleh tukar theme lain


boleh tukar aplikasi chat kepada bentuk lain



betul-betul bijak diorang ni untuk meramaikan group ni
step nak tambah aplikasi semua tu
mula-mula kena join dan suggest kepada orang lain

maka akhirnya ramailah yang join group-group ni
tapi hakikatnya diorang ni kena tipu
sampai sumpah seranah kat wall group ni


lawak jugak gelagat diorang ni

HANGPA MESTI PERNAH JOIN JUGAK KAN?
TAHNIAH KERANA SAMA-SAMA KENA TIPU...HAHAHAHA











Read more

2 ::Penyelamat Agama Kononnya::

Monday, January 18, 2010
hebat juga penangannya
bila si Herald mahu 'mengambil' ALLAH
dengan pantas 'penyelamat' maruah Islam
terus beraksi
habis semua angkatan rakyat keluar memberontak
memepertahankan ALLAH dari si Herald
kata mereka
"ALLAH hanya untuk kami"

"jangan sesekali rampas dari kami"

hebat sang penyelamat AGAMA
sanggup meng'gajah'kan khabaran
yang tidak perlu dihebohkan
kerna ALLAH itu untuk semua
tak kira tua atau muda
mahupun pengikut Herald dan juga umat Islam

tabik pada sang penyelamat maruah ISLAM
kerana kebisingannya
ENJIN YANG TERBANG
MINYAK YANG MEMBERANG
dan KENAIKAN HARGA GULA
dapat disembunyikan dengan jayanya

SYABAS DAN TAHNIAH






Read more

4 ::Edit Photo Contest::

Saturday, January 16, 2010
masuk lagi contest
kali ni anjuran KAK CIK ROS


klik gambar di atas untuk ke link contest

syarat-syarat adalah seperti berikut : 

  • gambar mestilah gmbar korang..solo atau paling ramai bertiga...(baik solo, kalo rmai nnti menang kena lak share hadiah..=)
  • kreativiti perlulah tulen, asli dn bkn cetak rompak ye...xbaik pirate2 ni..hehe..
  • korang kena letak pic/banner kata atas tu kat side bar korang dan link pada contest ni ek...nnti cik ros nk wat sportcheck sape yg join contest ni...hehe..
  • kalo nk follow..follow lah..kalo xnk pn xpe..bkn pe..sng korang nk update pe2 psl contest ni..hehe
ni lak aku punya gambar
biasa-biasa je
guna 
adobe photoshop
dengan 
photoscape



jom la join ramai-ramai
lagi ramai lagi banyak hadiah CIK ROS kena sediakan
dan makin banyak kena sediakan makin pokai lah beliau

itu saja...
Read more

0 ::Segalanya Jumaat::

Thursday, January 14, 2010
SALAM LAGI SEKALI

hari ni aku rajin sikit nak menaip ni
still tak sibuk lagi dengan assignment
ni kira backup untuk hari yang akan datang
kalau-kalau aku tak sempat nak hapdate

esok 15hb JANUARI

dikhabarkan ada gerhana matahari separa 

bukan separa telap ye tuan-tuan dan puan-puan

teringat kat cerita HEROES.time eclipse semua kuasa hilang.
maka terserlah diri mereka yang sebenarnya...


dan yang paling penting
esok adalah hari JUMAAT
PENGHULU SEGALA HARI
kalau hangpa sedar sebelum ni
semua tarikh penting
terutamanya peristiwa ISLAM
macam

HARI RAYA HAJI

AWAL MUHARAM

berlaku pada hari JUMAAT

dan esok sekali lagi
fenomena alam ciptaanNYA
berlaku pada hari JUMAAT
boleh tengok di sini bila ia dijangka berlaku kat kawasan hangpa

teratur sungguh perancangan ALLAH itu

"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang"


p/s : yang penting jugak, esok adalah hari bersejarah untuk aku...
bertunang? eh, bukan la..tunggu jela posting aku esok..




Read more

1 ::Berus Memberus::

SALAM

rasa tak best pulak kalau tak hapdate
walau miss sehari pun

baiklah
kali ni aku nak inform pada photoshop maniac
mungkin link ni akan membantu anda


ni link untuk download segala macam brush untuk
adobe photoshop
memang heaven lah kat sini
banyak betul design brush yang ada

dulu-dulu aku design grafik atau poster program
yang simple gile la
lepas dapat tahu ada laman web yang boleh download free brush ni
terus setiap hari aku berexperiment dengan brush tu
ni lah antara hasilnya...



moga dapat membantu para designer...

TRIMAS
Read more

4 ::Bengang Dengan Sangat::

Tuesday, January 12, 2010
bagai menanti yang tak pasti
aku hanya mampu menanti
tak mampu aku mendesak
apa lagi menggertak


aku malu untuk mengkhabari
pada ibu bapaku
pinta helaian kertas bernilai
mahupun topup dari kakak ku
buat menyambung jalinan yang jauh memisahkan
antara kami semua


aku berharap padamu 
moga kau pantas menghulur simpati
dengan ongkos yang dijanji
sebelum aku bertindak di luar kawalan diri
wahai PTPTPUKU

p/s : aku tengah bengang dengan ptptpu yang tak keluar lagi..



lecturer dah siap warning kalau tak beli buku lagi..mana la nak dapat duit.ingat boleh beli buku pakai taik gigi ke? ptptpu pun sama.time bagi pinjam punye la lama nak dapat.tapi bila suruh bayar balik laju je keluar surat suruh bayar...bikin panas saja

Read more

4 ::Aku, Kamu, Mereka dan Ia::

Monday, January 11, 2010
SALAM SEGALA SALAM

penat betul hari ni
jam 6 lebih baru habis kelas
mesti hangpa pikir awal lagi kan jam 6 ni
terang lagi
tapi tu kat semenanjung
kalau kat Sabah ni jam 6 dah macam jam 7 dah gelap dah
makan-makan , mandi-mandi
bila badan dah segar baru ada idea nak hapdate blog

kali ni nak habaq pasai satu komuniti blogger
yang aku join berjudul
GENG BLOGGER


konfem geng-geng dalam GENG BLOGGER gelakkan aku
sebab lambat promote pasal komuniti ni
okey la..gelak la puas-puas
aku pasrah...

berbalik ke cerita asal
lebih kurang sebulan aku join GENG BLOGGER ni
aku mula tertarik bila tengok bannernya yang menarik



kat blog yang tak sengaja aku lawat
lantas aku daftar lah jadi geng
mula-mula memang buat tak tahu je pasal komuniti ni
tapi lama-lama selalu buka terus tertarik dengan kandungannya

aku paling suka dapat ping entry blog aku tiap kali ada entry baru
boleh juga lawat blog kengkawan lain sambil cucuk-mencucuk nuffnang diorang
maka apabila dicucuk dan ditinggalkan jejak kat shoutbox
maka diorang akan jejak balik ke blog aku
maka aksi berbalas cucuk-mencucuk pun bermula
(takpe.cucuk dapat hasil)

kat sini aku dapat juga kenal para blogger lain macam

Zack yang sedang study kat Jepun.
sound effect yang diselit dengan entry memang best sampai tak sempat habis baca tapi lagunya dah habis dulu

Kasihkumiera dan Aidi-safuan yang suka mengomen entryku
sampai tak terlayan aku nak balas semua

Edaolala yang tak kenal putus asa
menunggu nuff ku bangun di siang hari setelah bertahajjud pada malam hari

dan ramai lagi geng-geng yang tak dapat aku nak tulis
sebab nanti dah jadi karangan Bahasa Melayu pulak



bukannya aku tak ingat hangpa semua
tapi aku tak mau hangpa jadi riak dan takbur
setelah melihat nama korang terpapar kat blog aku ni
(see, kan aku baik...)

itu jela agaknya
buat geng-geng yang belum join GENG BLOGGER ni
apa lagi
jom pakat ramai-ramai join GENG BLOGGER
sure tak menyesal

"GENG BLOGGER : KOMUNITI BLOGGER ANDA"
(tagline ciptaan ARIFF SHAH yang menjadi juara contest mencipta tagline:

SEKIAN, SELAMAT TIDUR...




Read more

4 ::Tepuk Dada Tanya Iman::

SALAM...

hari ni dikejutkan lagi dengan insiden pengeboman gereja
kali ni bertempat di Taiping, Perak
2 buah gereja diserang oleh mereka yang tak bertamadun
setakat ni sudah 7 gereja diserang
dan sebuah surau di klang di baling batu
makin menjadi-jadi pulak benda ni
macam mana nak merealisasikan 1 MALAYSIA kalau masing-masing tunjuk keras kepala

pertahankan nama ALLAH
tapi kehidupan tak ikut suruhan ALLAH
tertarik dengan gesaan seorang penganut kristian
Datuk Clarence Bongkos Malakun
menyuruh masyarakat kristian menarik balik tuntutan menggunakan nama ALLAH
bagi menjaga keharmonian
petikan ucapannya adalah seperti di bawah :

"Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan 'Allah' bukan hanya boleh digunakan orang Islam, kita harus sedar reaksi masyarakat dan organisasi Islam terhadap perkara itu.

"Masyarakat Kristian harus faham bahawa umat Islam marah kerana perkataan 'Allah' sudah digunakan di Malaysia sejak azali lagi dan ia juga merujuk kepada Tuhan bagi Islam.

"Saya sedar, kenyataan ini akan menyebabkan ramai penganut Kristian menyalahkan saya, tetapi jika penganut Kristian yang sebenar, kita harus memaafkan dan saling sayang menyayangi,"


"Biarkanlah saudara Islam kita saja menggunakan kalimah 'Allah' demi kebaikan kita hidup dalam aman dan harmoni.

"Dengan memahami 'Allah' itu Tuhan bagi umat Islam, masyarakat Kristian harus mampu menyesuaikan diri dengan situasi di negara ini bahawa Islam agama rasmi Malaysia. Jika kita terus mendesak, ia akan mengakibatkan keadaan bertambah buruk,"


-dipetik daripada BERITA HARIAN ONLINE-

p/s : tangkap je orang yang suka sangat bom ni guna ISA. Kan ni mengganggu ketenteraman awam
wajar sangat lah...so, apa lagi.bertindak lah sebelum keadaan menjadi nazak.


Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates