Followers

::Aku,Kau dan Mereka Kita Semua Sama Sahaja::

Friday, April 22, 2011
::sori ye kome sume, posting awok kali ni berat sikit::

"Mahathir ulang - 'DAP parti perkauman"

"Utusan , PERKASA -Apikan Sentimen perkauman"

Atas ni adalah antara tajuk berita yang aku baca dari Malaysiakini.com
era sebelum dan pasca PRN SARAWAK tempohari
semuanya berkisar tentang sentimen perkauman
yang akhir-akhir ni makin-makin ditonjolkan

Tun Dr. Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia
dengan lantang dan yakinnya
melabelkan parti DAP, salah satu parti komponen dalam PR (Pakatan Rakyat)
telah membawa sentimen perkauman yang telah berjaya menawan hati pengundi cina di Sarawak
hinggakan berjaya menguasai kawasan-kawasan yang ramai pengundi berbangsa cina
boleh baca di SINI

Pakatan Rakyat (PR)


Barisan Nasional (BN)

Lagi satu berita pulak tentang UTUSAN, salah satu akhbar di Malaysia
dan PERKASA, salah satu pertubuhan yang dikatakan menjaga kepentingan Melayu di Malaysia
kedua-dua pihak ini dikatakan telah cuba membangkitkan isu perkauman seperti

mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup
 “membalas susu dengan tuba”
 boleh rujuk di sini

bagi aku perkara-perkara ni sepatutnya tak berlaku
dalam Malaysia yang sering dicanangkan slogan 1 Malaysia
1 Malaysia tu melambangkan semua bangsa bersatu-padu, bertolak ansur
apa la guna mencanang 1 Malaysia tapi hakikatnya berbilang-bilang Malaysia


Allah pun pernah berfirman dalam Surah AL-Hujurat ayat 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

nah, sudah jelas lagi bersuluh
Allah tak pandang umatnya dari segi bangsa
tak kiralah Melayu, Cina, India 
kulit gelap, coklat, pink, hijau (eh, ade ke?)
semua Allah pandang sama je
yang bezakan hanya tahap keiman dan ketaqwaan
jadi janganlah bangga dengan bangsa masing-masing
janganlah gaduh-gaduh memburukkan bangsa lain
kalau aku,

AKU TAK BANGGA JADI ORANG MELAYU
TAPI AKU BANGGA JADI ORANG ISLAM




Anda pula bagaimana ? 

3 comments:

IZ-Jr said...

Moga Islam tetap di hati.. ;)

acap de souza said...

yup..insyallah..

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates