Followers

::Aku , Grafik Designing dan ... ::

Thursday, April 21, 2011
jam 11 malam
terlelap kepenatan atas katil separa king size
tiba-tiba hp aku berbunyi
ringtone 'Kisah Cinta'-Feelhoney




sony ericsson w395 diangkat panggilan dijawab
"salam acap. tolong designkan abang tag untuk program esok. 
kalau boleh siapkan dan hantar kat email abang.
butir-butir nanti abang sms.terima kasih ek"

sudah...

inilah senario yang selalu aku hadapi 
selaku designer profesional
tak kira masa ada saja kerja yang masuk
waktu ada assignment melambak
waktu tengah syok menaip thesis
waktu tengah cuci tangki ikan
sampaikan tengah tidur pun ada je insan-insan yang memerlukan pertolongan
untuk mendesign bahan untuk program diorang

aku rasa hidup aku ni dah sebati dengan medan design mendesign ni
walaupun taklah sehebat mana pun

nak dijadikan cerita
aku ni mula berjinak dengan mendesign ni time aku sekolah menengah dulu
selaku ketua editor majalah sekolah
 (aiseh, ter riak pulak. astaghfirullahalazim)
software yang mula aku kenal adalah ADOBE PHOTOSHOP


masuk matrikulasi aku 'slow' sikit sebab takde laptop
tapi tetap jugak setia dengan ADOBE PHOTOSHOP
 time duk menyalahgunakan komputer makmal sains informatik

masuk universiti ni pulak
aku makin maniac dengan kerja-kerja mendesign ni
tambah-tambah lagi kalau tiap kali join program

"ok acap, kau jadi ajk publisiti"

sabo je la ...
tapi sebenarnya lagi aku gumbira
sampaikan time tension pun aku boleh lak layan PHOTOSHOP
kalau tak percaya rujuk balik post ni
hahahahaha

antara karya poster program yang agak cincai time 1st year


sekarang ni aku melantik diri aku
unutk jadi designer tetap bagi Group Komuniti Sarimon's Legacy
Group FB keluarga besar, suku sakat aku
balik-balik kena la design untuk diorang
lagi-lagi baru-baru ni mereka telah memperkenalkan
t-shirt uniform untuk puak lelaki untuk di pakai dalam mana-mana majlis
insyallah sekarang ni akan masuk t-shirt yang ke-2

jadi aku ada jugak plan untuk bukak bisnes
printing dan designing lepas habis belajar ni
tapi kena banyak lagi belajar
jadi siapa-siapa yang pro 
boleh lah mengajar aku nanti tanpa dikenakan yuran
kan ikhlas itu baik
dapat ganjaran pahala...
betul tak?
hehehehe










4 comments:

Ikmal Zainal said...

cool design bro... ;)

acap de souza said...

hahaha...arigato gozaimasu..biasa je..amatur lg

Unknown said...

ceh... mcm aku kenal plak ayat tu... ermmm... Kaciwa...

acap de souza said...

abg padlan : hahahaha..pnjam jap..nnt byr la sewa dgn byrn sblh shell

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates