Followers

::Pelbagai Rasa, Pelbagai Ragam::

Monday, May 3, 2010
aduh

hari ni rasa macam tak ada mood je
lepas insiden salah faham yang berlaku pagi tadi

bila ahli kumpulan projek aku tegur aku
sebab tak join sekali duty pagi tadi
aku beritahu aku ada urusan yang perlu diuruskan segera
memula kena la kaunseling sikit
tapi pastu alhamdulillah dia faham dengan keadaan aku ni

inilah suka duka, masam manis, pengorbanan dan harga yang perlu dibayar
bila berkerja dalam satu kumpulan
memang mula-mula kita rasa semua ahli kumpulan memang kamceng mahut la
tapi hari demi hari, bulan demi bulan
memang setiap akan berubah perwatakan
time tu baru la masing-masing tahu watak rakan yang sebenarnya
pemalas, kaki ampu, mengarah, cakap belakang
semua tu perkara biasa bekerja dalam kumpulan


masing-masing ada pendapat masing-masing
kalau jadi ketua lah posisi yang paling berat
nak guide rakan ahli yang lain
nak satukan mana yang berpecah
sangat susah untuk jadi ketua ni

nak dengar semua pendapat
pastu tak boleh senang-senang decide pendapat mana yang perlu dilaksanakan
umpama sedut ABC pakai straw berdiameter besar dari biasa
walau nampak besar dan mampu sedut segala kekacang yang ada
kekadang tersangkut jugak kekacang yang besar sikit saiznya
camtu lah analoginya
mesti pendapat sorang tu akan ditentang oleh yang lain


jadi sebenarnya sangat susah untuk memuaskan hati semua pihak
jadi ketua perlu berfikir secara teratur dan strategik

tu baru hal dalaman
halangan dari luar belum lagi
macam kena marah oleh orang atasan
kekadang sampai effect kepada ahli lain dalam kumpulan
akibatnya bertikam lidah sesama sendiri

bagi aku
aku sentiasa berpegang dengan azimat ni
"BIAR ORANG LAIN MARAH KITA, JANGAN KITA MARAH SESAMA KITA"

tu jela kot renungan pagi ni
ini hanya sekadar cetusan rasa
maaf jika ada yang tersinggung dengan posting kali ni.

TRIMAS



4 comments:

amirah said...

nice post
kdg2 lebih snn bergerak solo
kerja kump biasanya bantu cepatkan kerja tapi byk hlgn kena tempuhi bila dh bersama

Vita Meglio said...

salam

hurm...itulah asam garam jadik ketua...

kena rilek dan pandai tekel suasana..

apa2 pun, jadilah ketua acuan rasulullah s.a.w.

gud luck.. =)

acap de souza said...

amirah : mmg btul.tp kumpulan lg senang mau wat assgmnt..hehehe

QZT : insyallah

Anonymous said...

salam...yg paling penting, rasa tggungjawab...ingt, kerja berkumpulan adalah amanah bila diberi tugas masing2...yg akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak...
berusaha untuk sama2 membantu...rasa saling mmerlukan dlm kumpulan...
sekadar renungan, moga sama2 mendapat iktibar...

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates