Followers

3 ::Hancur Israel Laknatullah::

Monday, May 31, 2010

Kapal membawa penumpang atas nama keaman untuk GAZA, Lifeline4Gaza telah diserang oleh rejim ISRAEL laknatullah...setakat berita yang diterima, 16 orang syahid dan lebih 50 orang cedera.



Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

Ayuh, semua. Tanpa mengira agama, bangsa dan budaya..sama-sam kita kecam pencabulan yang telah dilakukan oleh rejim ISRAEL ini. Bagi yang muslim, teruskan qunut nazilah dan doa sebagai senjata. Moga misi keamanan ini diberkati dan dilindungi olehNYA...

perkembangan lanjut boleh rujuk di 


Read more

2 ::Keriangan Berganda::

Saturday, May 22, 2010
untuk mengisi keboringan malam yang indah ni
maka aku mahu melunaskan hutang tag aku dari hidayah

agak panjang di situ
aku bace pun dah terbelit saraf retina aku
syaratnya adalah : 

it's harder than it looks
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial, you must use different answer
you cannot use any words twice
and
you can't use ur name for the boy / girl name question.

What is your name : Muhamad Asyraf
A four letter word : Mine
A boy's name : Muhammad Khusyairi *nama bakal anak.insyallah*
A girl's name : Mariatul Husna *macam bez nama ni* 
An occupation : Manager of Fish Farm
A colour : Maroon
Something ur wear : Murah dan Selesa (dalam BM pun boleh la)
A food : Mee Bandung (makanan diet aku)
Something found in the bathroom : Mimi (itik mainan anak buah)
A place : Mecca (Insyallah bakal ke sana)
A reason to being late : Malas mandi (tunggu orang mandikan)
Something u shout : Men boling jom!
A movie title : Mighty Morphin Power Rangers The Movie (feveret time kanak-kanak ribena)

ping (bahasa sabah) = ais

Something u drink : Milo ping
A musical group : Mirwana (kegilaan abg senior aku)
A street name : Masjid (selalu jalan depan masjid)
A type of car : Mercedes compressor


mau tag lagi  reramai kengkawan len..
tapi aku dah ngantuk lak
mereka yang bertuah adalah :


1) Amirah (member maya yang sangat rajin bagi award)
2) Adyb (adik sepupu aku yang paling aku rapat)
3) Nad (cikgu yang ranggi)
4) Izzah (sensei Nihon Go aku)
5) Anne (member maya yang popular)

ni lak Amirah bagi award kat aku...
Trimas ek...akan ku save di sidebar blog ni


Read more

1 ::Renungan Untuk Kau dan Aku::

Tuesday, May 18, 2010


“Begitulah Tuhan, kalau Dia mengasihi seseorang hambaNya,
Dia akan mengujinya dengan berat. Lagi berat iman seseorang, lagi beratlah ujian yang Tuhan timpakan atasnya. 
Kasih sayang Tuhan tidak dizahirkan dengan pujian dan nikmat semata, tetapi dengan tekanan, penderitaan, penghinaan dan lain-lain bentuk kesusahan.
Dengan kesusahan, hambaNya itu akan lebih merintih dan berdoa kepada Tuhan. Dia akan lebih banyak berkasih-kasih dengan Tuhan berbanding manusia.”
Read more

4 ::Arigato Sensei::

Sunday, May 16, 2010


salam terima kasih 
buat guru yang pernah mangajarku di

1) Tadika Kemas seksyen 17, Shah Alam
2)Tadika Al-Hidayah seksyen 18, Shah Alam
3)Sek. Keb. Seksyen 17, Shah Alam
4) SRA Al-Irsyadiah Seksyen 17, Shah Alam
5)SAMT Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 11, Shah Alam
6) Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
7)Universiti Malaysia Sabah

dan semua warga pendidik seluruh Malaysia

ARIGATO SENSEI !

Read more

1 ::Bayu Kagawa Menyapa Borneo::

Saturday, May 15, 2010

tadi aku chat dengan senior aku
yang pi JEPUN buat praktikal kat sana (rujuk sini)

dia send la gambar kat sana
walamak...
syok giler la
buat aku bertambah semangat mau pi sana

time baru sampai kat tempat praktikal 

 asrama yang kat tengah tu

pemandangan sekitar

shopping barang dapur



Read more

1 ::JAPAN, now they go!::

Friday, May 14, 2010

semalam aku sempat la pi hantar senior-senior aku
diorang mau pi Jepun
praktikal kat sana
aktiviti ni akan berterusan dari satu batch ke batch seterusnya
kat Jepun diorang akan bekerja (kerja la kot sesuai)
dengan company akuakultur kat sana





kalau ikut pengalaman senior-senior yang lepas
memang sangat best
walaupun penat (perkara biasa la tu)
tapi amat berbaloi dengan persediaan sebelum bertolak ke Jepun
kena tahan fizikal dan mental

aku?
insyallah 2011 aku pergi
kena tingkatkan lagi usaha ni
bukan senang...
doakan aku dapat pergi ke sana ikut jejak langkah senior-senior aku..
Read more

4 ::Sudah Terang Lagi Mau Carik Torchlight::

Wednesday, May 12, 2010

cuaca kat Kota Kinabalu ni amat la panas
habis berbelang kaki aku bekas selipar aku
tapi hati aku lagi la bertambah panas
bila bukak MalaysiaKini
terpampang tajuk 
"BERJAYA perolehi lesen judi bola sepak"
berita selanjutnya klik disini



apa la nak jadi dengan kerajaan Malaysia sekarang ni
hukum HARAM tak boleh sesuka hati je tukar jadi HALAL
hari tu time timbalan menteri kewangan cakap akan dipertimbangkan pengeluaran lesen perjudian
sempena PIALA DUNIA ni
alasan nye senang je
supaya tiada berlaku perjudian HARAM
tapi ada ke judi yang HALAL
tu pun dah menimbun orang kecam
yang terlalu taksub dengan keagungan kerajaan je
sanggup menggadaikan syariat
ikut je cakap yang salah

hari ni pulak tanpa persetujuan rakyat
judi diHALALkan
pekejadah ni
mungkin ada yang terasa dengan posting kali ni
tapi langsung aku tak kesah
sebab aku sangat membantah benda ni

dulu TSUNAMI dah melanda
apa lagi bencana yang bakal menimpa
tunggu dan lihat...
Read more

1 ::Sepi Seorang Zackzukhairi::


sambil menahan mata yang kuyu daripada tidur
aku tengok  kat bahagian sidebar blog aku
link untuk Rakan Maya
eh, bro Zackzukhairi dah 1 bulan tak hapdate

ni la blog beliau yang kian bersarang

sangat musykil dengan ketidakhapdatetan blog beliau
kalau sebelum ni boleh dikatakan setiap hari dia akan hapdate
hapdate pun bukan sebarang hapdate
sangat berinformasi posting beliau
tambah dengan lukisan photoshop beliau
sambil ditemani lagu latar yang amat memukau

tapi tu dulu
sebulan yang dulu
tanyalah kat geng web Gengblogger
diorang pun menanti beliau hapdate blog beliau

Sesape yang tahu kemana beliau menghilang atau
aktiviti sibuk beliau
tolong la habaq mai...
tak mahu kehilangan blogger yang sangat kreatif
sperti beliau...
moga beliau dalam keadaan selamat...amiiin
Read more

9 ::Kau Dan Aku Terkena Juga::

Monday, May 10, 2010

SUNSILK
jenama syampu yang agak terkenal kat Malaysia mahupun dunia
dulu aku pakai la
sekarang aku guna rejoice
hehehe

nape ek posting kali ni cakap pasal SUNSILK?
sebab aku kena tag dengan cik amirah
geng maya aku
ni award tag nye


eh, nanti jap
aiyak silap pulak
aku ingatkan SUNSILK
rupenye SUNSHINE

tapi papepun aku nak tag kat korang yang memang rajin singgah kat blog aku 
walau barang sesaat pun
8 orang semuanya. kenapa 8?
sebab nombor feveret aku...
aku tag secara rawak ok...

TUGASAN :
alang-alang aku dah start cakap pasal syampu
maka korang kena kongsikan jenama syampu yang paling digemari...
hahaha...layan je...

p/s :oh ye..lupe bagitau..tepek award tu kat blog korang pastu tulis la tugasan tu sekali dengan pic award tu kat posting korang..

Read more

3 ::Tiap Hari Sayang::


klik untuk tumbesaran yg pesat


biarpun secara rasminya aku lambat ucap
SELAMAT HARI IBU
tapi bagi aku hari ibu bukan la sehari je
patut setiap hari
melebihi hari untuk awek korang

sebab apa?
sebab ibu lah insan yang sentiasa menyokong korang
tanpa korang sedari
ada awek korang support korang bagai nak rak?
tak adakan?
pelik jugak dengan member yang rasa diri diorang dikongkong oleh ibu diorang
siap offer nak tukar ibu dengan aku
gila ke apa dia tu

papepun yang penting 
senangi hati ibu selagimana dia masih bernyawa
sehinggalah nafas terakhir dia di dunia...

SAYA SAYANG IBU SAYA!
Read more

5 ::Sharing Is Kongsi::

dah dekat nak subuh
tapi mata tak pejam lagi dari pagi
hujan lak membasahi bumi kota kinabalu ni

untuk tak membuang masa
sambil tunggu waktu subuh masuk
tulis la kat blog ni barang sedua

posting kali ni hanya ingin minta jasa baik pengunjung semua
untuk berkongsi sesama link anda dengan blog ni
mana tau korang ni ada bau2 bacang dengan aku
awek kawan lama ke
boleh aku belanja McD gula-gula 10sen dapat 2 bijik

jadi mehla kongsi link korang
just komen kat posting ni
ataupun klik kat gambar 'exchange link' kat sidebar blog ni

yang ada gambar camni
 kalau ada banner pun lagi bagus
pe lagi...cepat la isi


Read more

6 :Suka-suka::

Saturday, May 8, 2010


tersenyum sengsorang?
rasa macam sama je ngan aktiviti kartun dalam gambar?

pikir-pikir, renung-renung

"Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah diri mereka"

Read more

0 ::Kenapa Mesti Dikorbankan?::




Islam hanya sekadar nama
Syariat tak patut diketepikan
bila menjadi pemimpin

jauh beza dengan negara jiran, Brunei
bila mana menteri bukan muslim mereka mencadangkan 
diwujudkan zon arak untuk pelancong
lantas dibantah sekerasnya oleh menteri hal ehwal agama
"kami lebih takut dengan kemurkaan Allah" ujar beliau

moga akan lahir pemimpin yang betul-betul memimpin 
dengan menjadikan Islam sebagai asas pimpinan
kerana Islam For All
langsung tidak menafikan hak agama yang lain
selagi masih di landasan syariat yang betul...
Read more

2 ::Runsing::

Wednesday, May 5, 2010
jam menunjukkan jam 12.15am
masa yang ideal untuk aku study 
paper pagi nanti 2nd last
mujur petang tadi dah pulun tidur

tengah sibuk menghafal
tiba-tiba hp aku berbunyi
mesej dari kakak aku
"ibu operation esok pagi jam 9pagi"

Ya Allah
besar betul dugaan
masa yang sama dengan paper exam aku


harap segalanya  selamat...
Read more

5 ::Amal Jariah La Pulak::

Monday, May 3, 2010


tetiba jemari aku rajin lak
mahu hapdate blog ni
cuma kali ni aku murah hati la
nak bagi award kat korang


pe lagi
tepek la banner award atas ni kat blog korang
kalau rasa korang punye bog amatlah masyuuuk
jangan malu jangan segan
angkut je...

FREE OF CHARGE

Read more

4 ::Pelbagai Rasa, Pelbagai Ragam::

aduh

hari ni rasa macam tak ada mood je
lepas insiden salah faham yang berlaku pagi tadi

bila ahli kumpulan projek aku tegur aku
sebab tak join sekali duty pagi tadi
aku beritahu aku ada urusan yang perlu diuruskan segera
memula kena la kaunseling sikit
tapi pastu alhamdulillah dia faham dengan keadaan aku ni

inilah suka duka, masam manis, pengorbanan dan harga yang perlu dibayar
bila berkerja dalam satu kumpulan
memang mula-mula kita rasa semua ahli kumpulan memang kamceng mahut la
tapi hari demi hari, bulan demi bulan
memang setiap akan berubah perwatakan
time tu baru la masing-masing tahu watak rakan yang sebenarnya
pemalas, kaki ampu, mengarah, cakap belakang
semua tu perkara biasa bekerja dalam kumpulan


masing-masing ada pendapat masing-masing
kalau jadi ketua lah posisi yang paling berat
nak guide rakan ahli yang lain
nak satukan mana yang berpecah
sangat susah untuk jadi ketua ni

nak dengar semua pendapat
pastu tak boleh senang-senang decide pendapat mana yang perlu dilaksanakan
umpama sedut ABC pakai straw berdiameter besar dari biasa
walau nampak besar dan mampu sedut segala kekacang yang ada
kekadang tersangkut jugak kekacang yang besar sikit saiznya
camtu lah analoginya
mesti pendapat sorang tu akan ditentang oleh yang lain


jadi sebenarnya sangat susah untuk memuaskan hati semua pihak
jadi ketua perlu berfikir secara teratur dan strategik

tu baru hal dalaman
halangan dari luar belum lagi
macam kena marah oleh orang atasan
kekadang sampai effect kepada ahli lain dalam kumpulan
akibatnya bertikam lidah sesama sendiri

bagi aku
aku sentiasa berpegang dengan azimat ni
"BIAR ORANG LAIN MARAH KITA, JANGAN KITA MARAH SESAMA KITA"

tu jela kot renungan pagi ni
ini hanya sekadar cetusan rasa
maaf jika ada yang tersinggung dengan posting kali ni.

TRIMAS



Read more

3 ::Bila Saya Besar Nanti...::

Sunday, May 2, 2010
salam

tiba-tiba je aku dah ada semangat nak update blog pagi ni
sambil-sambil tengok nota slide genetik
sambil update apa yang patut

jengok2 blog orang
timbul lak ilham mau cerita pasal cita-cita
kalau ingat balik time kecik-kecik dulu
mesti cikgu tanya cita-cita kita bila dah besar
memang majoriti bebudak akan cakap "nak jadi doktor"
memang pekerjaan ni popular
walaupun diorang tak tau betapa susahnya jadi doktor ni
tapi tak ape...



aku lak memang banyak la cita-cita
boleh dikatakan tiap kali tambah umur mesti automatik tukar cita-cita
dari jadi doktor
tiba-tiba tukar nak jadi doktor haiwan lak
kawan-kawan aku mesti gelak kalau aku cakap camtu
entahlah mungkin diorang nampak benda ni lawak
 
bila masuk sekolah menengah
tukar lak mau jadi penasyid
mentang-mentanglah join group nasyid sekolah
mau jugak jadi komposer
lepas berjinak dengan buat lagu untuk group nasyid
hehehe...entah papela

 time pertandingan sekolah menengah

belajar punya belajar 
result tak la memuaskan
tak dapatla nak jadi doktor haiwan tu
tapi ok still belajar dalam bidang lingkungan haiwan
bidang akuakultur
tapi ikan la
ok la jugak

 rutin aku sebagai akuakulturis

tapi dalam masa 5 tahun dari sekarang
dah plan mahu ada studio grafik
sebab aku dah mula berjinak dengan designing
dan disamping tu
ada kolam ikan mau ternak ikan

moga cita-cita aku tercapai
ameeen....




Read more

0 ::Gatai Tangan::










 rajin pulak hapdate blog memalam ni
ni la dikatakan takde kerja carik kerja
dah ada silibus yg tak habis study lagi
boleh pulak main photoshop
nak buat camne
dah jadi hobi

lagi pun dah boring tengok header yang sama berbulan-bulan
sesekali tukar header ok jugak
ada bakat jugak aku ni...hehehe


ok, sudah-sudah
sambung studi...
Read more

2 ::Lagi Bagus...::

Saturday, May 1, 2010


RENUNGAN MINGGU NI :

JAUHI COUPLE
TIADA ERTI COUPLE DALAM ISLAM
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates