Followers

::Tiada Lagi Dia::

Monday, February 15, 2010
Sudah lama aku tak bertemu dengan mak long
rasanya sejak aku masuk UMS

kalau diingatkan balik
aku sememangnya suka datang rumah mak long
sebab bila mak long dapat tahu yang kami, anak buahnya datang
cepat-cepat dia masak gulai tempoyak ikan keli
sebab dia tahu faveret kami adik beradik

 
gulai tempoyak mak long memang power la
bertambah kalau kami makan

mak long jugak seorang yang penyabar
tak pernah marah
habis sepah rumah dia angkara adik aku
tapi dia tetap tolong kemaskan
kerenah cucunya yang nakal
tetap tak menggugat kesabaran dan ketabahan mak long

namun...
jam 3pm tadi
mak long telah kembali ke rahmatullah
tersentak aku

lepas ini..
tiada lagi gulai tempoyak yang dapat dihirup tiap kali pulang ke kampung
tiada lagi kelihatan mak long yang sabar melayan kenakalan kami dan cucunya

aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mak long
moga ditempatkan roh mak long bersama-sama roh para mukminin

AL-FATIHAH BUAT MAK LONG KU


3 comments:

zella said...

al- fatihah...

miloicekaw1119 said...

alfatihah buat mak long awak..

ini blog wirdah said...

takziah eh.

em.ckp sal tempoyak tu,bru lunch tadi mak sy masak kan:)

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates