Followers

::Kembara Di Bawah Bayu::

Thursday, February 18, 2010
SALAM 

FYI,
12-14hb haritu aku ikut la satu program
anjuran kolej kediaman
terpilih la jadi ajk publisiti dan multimedia
disebabkan aku agak pro dalam bab-bab design ni
(walaupun macam budak tadika punya design)
lokasi program adalah di
PUSAT LATIHAN ISLAM KUNDASANG (PLIK)

 
design poster ala-ala tadika
  
design background layer ala-ala taski
kalau nak tau
kundasang ni terletak kat kaki gunung kinabalu

 puncak gunung kinabalu yang botak

pemandangan PLIK waktu petang

memang kalau pergi sana kena prepare sweater yang tebal-tebal
malam memang sejuk beku la
pagi ada cahaya matahari pun tak boleh hilangkan kesejukan

aktiviti yang dirancang memang seronok la
especially KEMBARA MALAM

  
 sian...pepagi buta + kebekuan kena kumpul kat padang futsal

  
start gerak ke 'perkuburan lama'

 
fasi yang pakar bab kenakan orang, yasin

mata peserta semua kena tutup pakai kain
pastu diorang kena jalan dari checkpoint ke checkpoint pakai tali rafia je
memang adventure la
kononnya diorang akan dibawa ke kawasan perkuburan lama
tapi sebenarnya kat sekitar situ je

tapi yang thrillnye
kawan aku merangkap ketua fasi
buat tema SELANGKAH KE ALAM BARZAKH la pulak
siap ada kemenyan, kapur barus ngan minyak wangi untuk mayat
kat tali rafia kitorang sapu dengan minyak wangi mayat
pastu checkpoint last kami jadikan longkang besar sebagai liang lahad
ada bacaan talkin
fuh,kalau la aku jadi peserta boleh terus insaf ni

untuk slot DAKWAH DI HUNG JARI
aku pulak yang jadi penceramah terjun

 
 aku yang nampak pro

last minit baru inform aku suruh ganti
haiya, memag kabut la time tu
tapi berkat kepakaran aku
dapat la kongsi sedikit ilmu
memang berpeluh jugak la time tu

papepun tempat tu memang sangat cun la
kalau perempuan la cun macam tu
mesti dah kena ambil jadi awek ni
hahaha

ok la
dah la menaip ni
hangpa layan jela gambar-gambar yang ada.


 
ala-ala kulit album
  
sarapan pertama kitorang
  
belajar melompat
  
kucing yang gebu macam kapas
  
 pemandangan dalam dewan kuliah




0 comments:

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates