Followers

::Kenangan Itu 1::

Saturday, February 6, 2010
sambil-sambil baca note
sempat la jugak selongkar file dalam laptop ACER aku ni
terselongkar la gambar-gambar time sekolah dulu
memang nostalgia betul

ni gambar time tadika
memang darah seni tu mengalir dalam badan aku la
kayu tik-tok pun jadi
memang boleh dikatakan pro la aku time tu
main lagu "lompat si katak lompat" versi akustik
berlakon pun pandai...

 
  
nyanyi pun boleh fight RABBANI mahupun INTEAM



 ni gambar time darjah 3 posing kat depan kelas
kelas aku depan taman sains
jadi kalau cikgu tak ada memang kolam kat taman sains tu jadi tempat kitorang main bot kertas, tangkap berudu
yang gambar ni ada kawan perempuan aku tangkap
tak tau lak ada orang tangkap gambar ni
tau-tau je dah ada orang tag aku kat fb
kalau nak tahu yang pakai songkok tu akula
alim gila la..hahaaha (agak riak disitu)

 
ni time darjah 3 jugak
aku time ni dilantik jadi pengawas pelapis
dan darjah seterusnya jadi pengawas betul
sikit lagi nak jadi ketua pengawas
tapi aku bagi can kawan aku lain jadi
bagi aku macam takde apa-apa jadi pengawas sekolah rendah ni
tapi yang best bila orang buat salah sikit nahaslah dia
memang nama dia ada dalam buku 555 catatan nama pelajar yang buat salah
hahaha...memang gila kuasa.

buat pengetahuan semua
aku ni memang tak boleh dipisahan dengan bola sepak
bukan sebab aku power bab bola ni
tapi bila aku main bola mesti ada pape yang buruk berlaku pada aku
contohnya darjah 5 aku patah tangan sebab bersungguh main bola time pjk
bengang gila dengan kawan aku lain boleh buat donno je bila bola meluru ke gol kitorang
aku lah yang cuba jadi hero
tapi terkorban jugak
bila tangan dah kena simen memang best
simen tu boleh jadi tempat mengasah bakat seni
siap ada gambar pokeball lagi
tapi yang lawaknya ada sorang cikgu aku pi autograph kat simen tu
layan jela

p/s : tangan dah penat dah..nantikan sambungan yang ke 2...


 

1 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

comelnya dia masa kecik..+)

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates