Followers

3 ::Anda Dari Perspektif Kentut::

Thursday, February 18, 2010


ORANG TAK JUJUR- kalu kentut menyalahkan org lain  

ORANG BANGANG-org yg menahan kentutnya sampai berjam-jam

ORANG BERWAWASAN LUAS-tau bile nak kentut  

ORANG SENGSARA-rasa nak kentut tp x bley kentut..hahak..
ORANG MISTERIOUS-org lain x tau yg dier nih kentut
 
ORANG GUGUP-org yg tibe2 menahan kentutnya apabila tiba masa nk kentut

ORANG YG TAK PERCAYA DIRI SENDIRI-org yg menunggu kentutnya berbau harum 

ORANG SADIS-org yg kentutnya dikibaskan ke ranjang org lain 

ORANG PEMALU-org yg apabila kentutnya x berbunyi, rasa malu sendiri 

ORANG YG STRATEGIK-org yg menyembunyikan kentutnya dgn ketawa terbahak-bahk supaya org lain x dgr.. 

ORANG BODOH-org yg kalo dah habis kentut menghirup nafas 

ORANG PELIK-org yg bunyi kentutnya keluar sikit2.."put..put..put"
 
ORANG SOMBONG-org yg sering mencium kentutnya sendiri 

ORANG RAMAH-org yg senang mencium kentut org lain 

ORANG YG X SENANG BERGAUL-kentut sembunyi2

ORANG AKUATIK-org yg kentut dlm air..haha..mengeluarkan bunyi yg pelik betol!  

ORANG ATLETIK-org yg kentut smbil mengeluarkan tenaga  

ORANG JUJUR-org yg mengaku slps kentut  

ORANG PINTAR-org yg boleh menandai bau kentut org lain...

dan yg paling malang sekali...  

ORANG MALANG-org yg nak kentut tp keluar tahi..hik2..kecian..


Read more

0 ::Kembara Di Bawah Bayu::

SALAM 

FYI,
12-14hb haritu aku ikut la satu program
anjuran kolej kediaman
terpilih la jadi ajk publisiti dan multimedia
disebabkan aku agak pro dalam bab-bab design ni
(walaupun macam budak tadika punya design)
lokasi program adalah di
PUSAT LATIHAN ISLAM KUNDASANG (PLIK)

 
design poster ala-ala tadika
  
design background layer ala-ala taski
kalau nak tau
kundasang ni terletak kat kaki gunung kinabalu

 puncak gunung kinabalu yang botak

pemandangan PLIK waktu petang

memang kalau pergi sana kena prepare sweater yang tebal-tebal
malam memang sejuk beku la
pagi ada cahaya matahari pun tak boleh hilangkan kesejukan

aktiviti yang dirancang memang seronok la
especially KEMBARA MALAM

  
 sian...pepagi buta + kebekuan kena kumpul kat padang futsal

  
start gerak ke 'perkuburan lama'

 
fasi yang pakar bab kenakan orang, yasin

mata peserta semua kena tutup pakai kain
pastu diorang kena jalan dari checkpoint ke checkpoint pakai tali rafia je
memang adventure la
kononnya diorang akan dibawa ke kawasan perkuburan lama
tapi sebenarnya kat sekitar situ je

tapi yang thrillnye
kawan aku merangkap ketua fasi
buat tema SELANGKAH KE ALAM BARZAKH la pulak
siap ada kemenyan, kapur barus ngan minyak wangi untuk mayat
kat tali rafia kitorang sapu dengan minyak wangi mayat
pastu checkpoint last kami jadikan longkang besar sebagai liang lahad
ada bacaan talkin
fuh,kalau la aku jadi peserta boleh terus insaf ni

untuk slot DAKWAH DI HUNG JARI
aku pulak yang jadi penceramah terjun

 
 aku yang nampak pro

last minit baru inform aku suruh ganti
haiya, memag kabut la time tu
tapi berkat kepakaran aku
dapat la kongsi sedikit ilmu
memang berpeluh jugak la time tu

papepun tempat tu memang sangat cun la
kalau perempuan la cun macam tu
mesti dah kena ambil jadi awek ni
hahaha

ok la
dah la menaip ni
hangpa layan jela gambar-gambar yang ada.


 
ala-ala kulit album
  
sarapan pertama kitorang
  
belajar melompat
  
kucing yang gebu macam kapas
  
 pemandangan dalam dewan kuliah




Read more

1 ::Kenangan Itu 2::

Wednesday, February 17, 2010
SALAM

aku sangat iri hati sama kawan-kawan lain
dapat hapdate blog hari-hari
aku ni baru dapat hapdate hari ni
setelah tonggang terbalik buat proposal dan uruskan untuk program course aku

*********************************************************************
sambung balik kisah silam aku
berbekalkan 4A1B dalam UPSR
aku sambung study kat SAMTTAJ SHAH ALAM
sekolah agama (mood serban on!)


jadi aku letak gambar dengan penerangan pendek jela
tak ada mood nak tulis panjang-panjang

 ni masa aku form 3. majoriti kawan aku sekarang further study kat oversea
yang kat malaysia pun amik course medic je
aku je yang biasa-biasa
tak pela bersyukur dengan apa yang ada

 
bila masuk form 4
bilangan pelajar makin sikit
semua dah berhijrah ke sekolah lain
tinggal lah kami yang kacak-kacak ini

aku dah cakap sebelum ni
aku memang tak boleh dipisahkan dengan bola
kali ni time form 5
kaki kanan lak jadi mangsa
main bola jugak
memang tersiksa la dalam 3 bulan lebih tu
sibuk training untuk pertandingan nasyid sebelum tu
tapi last-last melepas, orang lain ganti tempat aku
frust menonggengla
dapatlah jugak wakilkan lagu yang aku buat
sampai sekarang dalam kaki aku ada plat besi untuk sambung tulang yang patah

dah macam cyborg gamaknya

 
ni pulak 2 minggu lepas bukak simen kaki yang patah
waktu ni kena pakai tongkat jugak
tapi still gigih nak masuk pertandingan nasyid
lawan antara rumah sukan
dapatlah no 2 ok la tu





Read more

3 ::Tiada Lagi Dia::

Monday, February 15, 2010
Sudah lama aku tak bertemu dengan mak long
rasanya sejak aku masuk UMS

kalau diingatkan balik
aku sememangnya suka datang rumah mak long
sebab bila mak long dapat tahu yang kami, anak buahnya datang
cepat-cepat dia masak gulai tempoyak ikan keli
sebab dia tahu faveret kami adik beradik

 
gulai tempoyak mak long memang power la
bertambah kalau kami makan

mak long jugak seorang yang penyabar
tak pernah marah
habis sepah rumah dia angkara adik aku
tapi dia tetap tolong kemaskan
kerenah cucunya yang nakal
tetap tak menggugat kesabaran dan ketabahan mak long

namun...
jam 3pm tadi
mak long telah kembali ke rahmatullah
tersentak aku

lepas ini..
tiada lagi gulai tempoyak yang dapat dihirup tiap kali pulang ke kampung
tiada lagi kelihatan mak long yang sabar melayan kenakalan kami dan cucunya

aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan mak long
moga ditempatkan roh mak long bersama-sama roh para mukminin

AL-FATIHAH BUAT MAK LONG KU


Read more

1 ::Kenangan Itu 1::

Saturday, February 6, 2010
sambil-sambil baca note
sempat la jugak selongkar file dalam laptop ACER aku ni
terselongkar la gambar-gambar time sekolah dulu
memang nostalgia betul

ni gambar time tadika
memang darah seni tu mengalir dalam badan aku la
kayu tik-tok pun jadi
memang boleh dikatakan pro la aku time tu
main lagu "lompat si katak lompat" versi akustik
berlakon pun pandai...

 
  
nyanyi pun boleh fight RABBANI mahupun INTEAM



 ni gambar time darjah 3 posing kat depan kelas
kelas aku depan taman sains
jadi kalau cikgu tak ada memang kolam kat taman sains tu jadi tempat kitorang main bot kertas, tangkap berudu
yang gambar ni ada kawan perempuan aku tangkap
tak tau lak ada orang tangkap gambar ni
tau-tau je dah ada orang tag aku kat fb
kalau nak tahu yang pakai songkok tu akula
alim gila la..hahaaha (agak riak disitu)

 
ni time darjah 3 jugak
aku time ni dilantik jadi pengawas pelapis
dan darjah seterusnya jadi pengawas betul
sikit lagi nak jadi ketua pengawas
tapi aku bagi can kawan aku lain jadi
bagi aku macam takde apa-apa jadi pengawas sekolah rendah ni
tapi yang best bila orang buat salah sikit nahaslah dia
memang nama dia ada dalam buku 555 catatan nama pelajar yang buat salah
hahaha...memang gila kuasa.

buat pengetahuan semua
aku ni memang tak boleh dipisahan dengan bola sepak
bukan sebab aku power bab bola ni
tapi bila aku main bola mesti ada pape yang buruk berlaku pada aku
contohnya darjah 5 aku patah tangan sebab bersungguh main bola time pjk
bengang gila dengan kawan aku lain boleh buat donno je bila bola meluru ke gol kitorang
aku lah yang cuba jadi hero
tapi terkorban jugak
bila tangan dah kena simen memang best
simen tu boleh jadi tempat mengasah bakat seni
siap ada gambar pokeball lagi
tapi yang lawaknya ada sorang cikgu aku pi autograph kat simen tu
layan jela

p/s : tangan dah penat dah..nantikan sambungan yang ke 2...


 

Read more

3 ::Jiwa Kacau::

ARGGGGHHH

pening dah aku ni
assigment banyak
program melambak
sabar-sabar
orang hensem memang selalu diuji

papepun
update dulu blog yang hampir tak bernyawa ni
sori la kengkawan
sebab tak sempat nak hapdate blog ni sejak kira-kira 2 minggu yang lalu
sebagai hadiah buat pengunjung setia blog ni
hayati video kat bawah ni...
nantikan hapdate yang seterusnya (kalau jemari aku masih ade lagi la)







Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates