sekolah rendah
alam persekolahan yang memang meriangkan
time tu sibuk berkejar-kejaran
main pepsi kola dan polis sentri kat tengah-tengah koridor kelas
bertepuk tampar gadis dan teruna sambil gelak tawa
(jangan menggatal dah besar buat camni.memang kena penampar sulung la dengan member perempuan)
tapi yang best sekali adanya benda-benda free yang kita dapat time tu
dan tak dapat atau jarang dapat bila dah sekolah menengah dan seterusnya
*****************************************************************
"ok murid-murid.esok bawa berus gigi dan cawan atau kole ye pergi sekolah.esok ada demonstrasi menggosok gigi."
balik rumah je terus menyelongkar rak cawan
sampailah almari simpan pinggan mangkuk dengan cawan yang belum digunakan lagi
objektif utama : cari kole yang paling menyerlah dari kawan lain punya
barulah popular esok
lagi-lagi ada kepala gajah tersembul kat kole tu
pastu cari berus gigi pulak meskipun berus gigi yang baru
sebab sebelum ni jarang gosok gigi dan berus gigi tu campak entah ke mana sampai hilang
esoknya, masing-masing dah ready pegang kole dengan berus gigi mencangkung berderet tepi longkang
nurse yang cun baik calit la ubat gigi kat berus gigi masing-masing
sambil ditemani gigi yang gila besar dan berus gigi yang gigantic yang amat
nurse pun start la gosok gigi besar tu sambil kami pun ikut jela menggosok gigi masing-masing
walaupun hakikatnya lepas ni berus gigi tu simpan je la buat hiasan kat bilik mandi
time sekolah rendah dulu jugak
femes dengan milo dan kokokrunch free
kalau aku yang kelas dekat dengan tapak perhimpunan
biasanya memang tak concentrate la cikgu mengajar di depan
sebab lori milo @ kokocrunch dah terpacak kat tapak perhimpunan
bila je ada dipanggil giliran kelas aku untuk ambil milo free
memang melompatla
masing-masing jadi baik beratur lurus terus
jadila 1 cup milo yang dapat
kalau ada lebih senap-senyap pi ambil lagi 2nd round..hahaha
RMT a.k.a. Rancangan Makanan Tambahan
biasanya akan diberi kepada pelajar yang taraf ekonomi keluarga mereka rendah
setiap hari time rehat akan disediakan makanan percuma untuk diorang ni
tambah best lagi dapat percuma 2 kotak susu coklat tapi bukan tiap hari la
dan bila pelajar yang dapat RMT tu tak datang
biasanya cikgu akan cari pengganti la
twaran dibuka pada pelajar lain
pe lagi masing-masing berebut mahu ganti
dengan alasan tak baik membazir, jadi boleh tolong makankan
bab makan memang laju
tapi bila cikgu mintak tolong angkat buku pi bilik guru masing-masing tunduk penuh tawaduk
last-last ketua kelas jugak yang kena rajinkan diri...
dan kat sekolah rendah aku dulu
yang paling grand ialah A&W
A&W ni memang femes la
lagi-lagi time sambutan HARI KANAK-KANAK kat sekolah
memang A&W sponsor makanan free la
masyuk amat
sambil dihiburkan dengan maskot beruang gemok tu
nak dijadikan cerita
satu hari tu time perhimpunan pagi
nama aku dan ada lagi sorang diumumkan
terpilih untuk dapat makan kat A&W percuma selama setahun
SETAHUN tu bai
tapi disebabkan kat Shah Alam ada satu je cawangan (dulu kat kawasanTasik Shah Alam)
dan aku bukanlah pemakan makanan segera yang tegar
maka aku biarkan jela borang yang diberikan kosong
borang tu digunakan untuk mencatat berapa kali dah aku pergi makan kat A&W tu
membazir betul aku ni...
*****************************************************************
tu la antara benda free yang hanya aku dapat time sekolah rendah
semuanya memang menjadi nostalgia buat aku
anda pula macam mana?
7 comments:
salam..
mmg terkenang zaman kanak2 ribena..huhu
hahahahaha! acap, terkenang ko yang begitu degil tak dengar calap cikgu masa kecik-kecik dulu..huhu!
acap dah la kuat majuk..huhu!
lama tak jumpa ko acap..hahahaha!
Pengawas aka Pengganas..hahaha!
@Paan Azmanwakaka..banyak la aku degil..aku bek gile la dulu2..sume cikgu kenal aku..miahaha..ko pun pengganas jugak dulu..jadi pngawas a.k.a mawas..hiahiahia
hahahhaha, memang kelakar punye entry, tapi tu da kira agak ke depan, siap ade a & w free tuh..tapi yg citer gosok2 gigi tu mmg betulll, duk ramai2 mencangkung kt padang, gosok gigi spi gusi merah2 sebab kerap sgt menggosoknye..konon menyahut seruan menjaga kebersihan gigi la tu.hahhahhha
haha seronok baca cerita kamu..memang terkenang betulla zaman kanak2..
aku suka hari kanak2, dapat mkn eskrim free
LORI MILO i like! siap nak amek 2x.bhaha
xske hari cek gigi. tapi ske klu ade nurse cun.hehe
plg xske hari kena cucuk.
hmm a&w .. aku teringat dlu ade satu fastfood nama dia grandies.. ade bubur sedap gila boleh pilih2 isi sume.+ air boleh refill sesuka hati xpayah pegi kaunter.
tp skrg rasanya dah xde kat malaysia ni. bengkrap kot
aku same mcm sukiminna..
sawan lori milo..ngahah,,sampai skang pon aku tergile2 kan lori milo itu..=P
Post a Comment
"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"