Senja.
selesai solat maghrib
duty untuk masak
biasalah duduk kat hostel ni
kena berdikari
sibuk mengacau sardin spesel dalam periuk
tetiba teringat sesuatu
ya...aku tak kan lupa
*****************************************************************
"pang...aduh"
penampar percuma tepat di pipi .tapak tangan ayah yang besar
tepat singgah di pipi mungil aku .hadiah yang setimpal dengan perangai aku
setakat tangan, rotan, tali pinggang memang dah jadi kebiasaan bagi aku
kenakalan zaman kecil yang sukar untuk diungkap
memang padan la dengan perangai aku yang memang bikin ayah aku panas je
sakit tu memang la sakit tapi itupun sehari dua je ingat
lepas tu ulang balik buat perangai
dan tiap kali aku kena dari ayah, ibu la jadi pengubatnya
"ayah tu bukan sengaja pukul angah. ayah nak jadikan angah anak soleh."
itu kata-kata yang sering ibu aku beritahu (kalau tak silap la)
tapi, kenakalan aku tetap berkekalan, sampailah...
"angah potong tangan ibu"
zass..pisau lipat di tangan yang diacah-acah
terkena pada tangan ibu. berdarah
tapi ibu tak marah. sebab dia tahu aku time tu memang tak matang
masuk darjah 5, patah tangan
ibu menunggu di wad
tingkatan 5 pulak patah kaki
ibu jugak yang banyak bantu
bila dah meningkat usia
merantau jauh dari keluarga
PLKN KEM MIRI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
time berjauhan baru la teringat segala kesilapan aku time kecik-kecik dulu
itu lah ibu aku
*****************************************************************
ya, hari ni 1hb JUN
hari lahir ibu
dan aku sengaja telefon dia lewat-lewat
sebab aku nak wish kat ibu sebagai orang yang terakhir
SELAMAT HARI LAHIR IBU
MOGA DIBERI KESIHATAN DAN KEKUATAN BERIBADAH
ANGAH BANGGA DENGAN IBU...
SYUKRAN UMMI...
2 comments:
slmt hari lahir utk ibu kamu..dan smoga kamu jd anak yg taat.. ^_^
trharu plak rase klau aku jdi ibu ko cap.. sjuk hati nie.. huhuhu
Post a Comment
"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"