Followers

::Kelam Dalam Suram::

Saturday, March 27, 2010

"woit, dah jam 8.30 ni...cepat tutup lampu!" 

tu la yang aku dengar start dari jam 8.30malam tadi
siap terpekik dari luar suruh semua tutup lampu
maka sekretariat kolej kediaman pun mula beraksi supaya tak dikatakan tak ada kerja

tu lah penangan EARTH HOUR
member yang dok main game 24 jam pun ada kesedaran mahu tutup lampu sejam
inikan pula diorang yang siap kempen tanpa mengerti penat lelah

timbul pertanyaan dalam diri
adakah 'pesta kegelapan' ni hanya ikutan semata
tanpa terdetik pengajaran yang tersembunyi disebaliknya?

bagi aku sendiri, 
banyak pengajaran yang boleh dikaut 
dari pesta ni
secara zahirnya untuk jimatkan penggunaan letrik
yang sememangnya dibiarkan dibazirkan 
dapat jugak mengurangkan penggunaan tenaga yang menyumbang kepada pemanasan global
yang makin hari makin kritikal
el-nino yang mengganas tanpa diundang



dan disebaliknya ada jugak ibrah yang tersembunyi
bagi umatNya yang beriman
agar ingat akan kegelapan lubang kubur
yang kelam lagi sempit


mudah-mudahan tiada kemungkaran yang meliar
tatkala alam menjadi kelam saat 8.30 menjelma
kerna kita pasti
setiap yang kemungkaran yang berlaku
balasannya amat dahsyat dan setimpal

" KEMPEN EARTH HOUR, JANGAN HANYA IKUT SAJA"

3 comments:

@fitridzulkifli said...

wah, sgt relevan idea anda! suka! haha






http://fitridzulkifli.blogspot.com

acap de souza said...

time kaseh...cume pendapat yang mgkin kekurgn

Anonymous said...

bagus...umi suka ttg peringatan ini..

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates