Followers

::Alhamdulillah, 3 Tahun Yang Cukup Indah::

Sunday, December 11, 2011
Bismillahirrahmanirrahim


Tiba-tiba tersesat kat blog sendiri, jemari secara spontan mengupdate blog DE SOUZA CORNER ni.Mungkin ditambah rasa ketercabaran daripada kakak sendiri yang blognya sentiasa up-to-date dan mungkin sindiran daripada sahabat yang duk melawat blog aku yang bersawang. Posting terakhir bertarikh 15 Oktober mesti aku lenyapkan..Ya! Mesti! (berkobar tiba-tiba)


Dan tanggal 28hb November yang lepas, secara rasminya aku telah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah. 3 tahun menjadi pelajar bidang akuakultur mengajar aku menjadi insan yang lebih insan daripada insan biasa.Menimba ilmu bukanlah dalam kelas ataupun kuliah. Namun ditambah lagi dengan praktikal dalam kalangan ikan-ikan dan juga lapangan masyarakat. 





Susah senang bersama para sahabat di negeri di bawah bayu. Syukur pada Ilahi kerna tak pernah memisahkan aku daripada bi'ah solehah meskipun pada mulanya aku gentar untuk meneruskan hidup negeri yang asing bagi aku. Naqib, adik beradik seusrah, anak-anak usrah dan sahabat-sahabat seperjuangan menjadi kekuatan jatuh bangun aku di Sabah.Meskipun pernah merantau ke Negara Matahari Terbit yang penuh dugaan, Alhamdulillah tarbiyah yang diterapkan menjadi bekal meneruskan kehidupan di negara orang






Buat para pensyarah,murabbi terima kasih tak terhingga atas didikan kalian .Moga rahmat Allah bersama kalian. dan tidak dilupakan keluarga yang menjadi tunjang kejayaan ini. Ibu ayah yang banyak berkorban masa,harta dan tenaga .Adik beradik yang sentiasa memeberi sokongan dan dorong..syukran jazilan





Dedikasi istimewa buat senior,penasihat,abang dan sahabatku, Akhi Azizul atas segala perkongsian kegembiraan, nasihat, masalah, hadiah mahupun segalanya.Moga redha Allah bersama akhi. Thanks a lot for being my advisor, senior for these last 3 years.



-mari menjadi insan yang lebih insan daripada biasa-


-muhamad asyraf a.k.a acapdesouza-
-shah alam-
-11.12.11-









4 comments:

ilya maisara said...

(T_T) jom jalan2.. adik nak belanja eskrem

Muhd Afiq said...

Tahniah...nanti jangan lupa datang Sabah lagi. (Ceh!!! budget macam stay Sabah lak)

Ruffeq said...

wanna to "like"

merahitujambu said...

tahniah..=)

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates