Followers

2 ::Hari Jumaat Yang Akhir::

Friday, December 31, 2010
Alhamdulillah hari Jumaat dah tiba
penghulu segala hari
dan hari ni jugak duit PTPTN dah masuk
memang keberkatan Jumaat
tapi adakah sebab Malaysia menang AFF CCUP
sampai duit pinjaman pun masuk awal kali ni
kalau sebelum ni memang kering menunggu duit masuk
mujur ada biasiswa FAMA (Father n Mother)

walau apapun 
duit tu jangan lah membazir buat beli benda yang tak penting


utamakan buku dan keperluan belajar dulu
jangan sampai duit tak cukup nak bayar yuran dah la
yang berpasangan tu daripada guna duit belanja aweks
beli hadiah sampai beratus-ratus ringgit
lebih baik belanja member-member makan
dapat eratkan lagi ukhuwwah
papepun selamat meneruskan pembelajaran untuk sem baru
dan sem akhir insyallah bagi aku...

Salam tahun baru 2011
moga tahun yang baru ini menjadikan diri lebih baru dan baik
dari segala aspek
hindari kemaksiatan yang kebiasaannya bermaharajalela di ambang-ambang tahun baru ini....

ISLAM UNTUK SEMUA
Read more

0 ::Manisnya Bila Bersama::


 rasa macam sunyi je bilik ni
tak macam sebelum-sebelum ni
time bilik ni penuh dengan junior-junior dan sahabat
memang riuh la jadinya bilik ni

time berhibur masing-masing tak mahu kalah
melalak kononnya merdu
siapkan tugasan bahagi sama rata
time makan la paling best
siap bahagi tugas masing-masing
ada yang tolong siapkan bahan memasak
sorang lagi jadi chef
tukang rasa pun ada
bagi yang tak tau memasak tu duk menunggu je makanan siap
walau telur dadar je pun
dah terasa nikmat makan


sekarang cuti pun dah nak habis
masing-masing dah balik kampung masing-masing
maka bilik ni jadi sunyi macam dulu-dulu

terpaksalah,nak buat camne...




MOGA UKHUWWAH ANTARA KITA KEKAL BERPANJANGAN
Read more

0 ::Sibuk Sangatkah Kita::

Tuesday, December 28, 2010
Kita sering mengeluh sibuk
sampai tak dapat pergi usrah, meetin , program-program
namun walau sesibuk mana pun kita semua,
masih tidak boleh menandingi kesibukan Rasulullah s.a.w
meskipun sibuk,
Baginda masih mampu mengerjakan solat malam
sehingga dikatakan habis bengkak-bengkak kaki Baginda


Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

- Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

- Bermunajat kepada Allah setiap malam

- Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari

- Berperang di jalan Allah

- Melayani isteri-isteri

- Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya

- Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

- Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)

- Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin

- Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

Sedangkan kita sibuk dengan :

- Ke hulu hilir dengan pakwez @ awekz

- Menyiapkan kerja demi mengejar harta

- Melayani keluarga

- Facebook 24jam


Read more

1 ::Contest:Blog Paling Superb::

Sunday, December 26, 2010

saja aku nak join contest ni
dah lama tak join contest melalui blog
tak menang pun sekurang-kurangnya dapat tambah kawan
kalau Aishah dan Izzah nak bagi aku hadiah sebagai pemenang
sangat-sangat la dialukan berbuat demikian...

siapa-siapa blogger yang mahu join jugak
klik je kat sini
Read more

0 ::Kita Bersahabat Selamanya::

Agama Islam adalah agama universal.

Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman.

Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman.

Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari.




Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.

Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.

Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.

Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita.

Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.





p/s : ramai betul sahabat yang dah lost contact especially time plkn dulu...
         mana lah nak carik fb diorang ni...
Read more

1 ::Blog, Blog Dan Blog::

Thursday, December 23, 2010
"I order every group of Ladang Kongsi include Industrial Training Group to make a blog"

terus lemah bila aku dengar Prof aku bagi arahan macam ni
aku dah tau mesti aku yang kena incharge benda-benda macam ni
nampaknya bertambah lagi la blog yang aku kena handle

kalau nak diikutkan dah banyak blog yang aku handle
antaranya:

mukhlisinaminin.blogspot.com (blog peribadi aku yang lama tak hapdate)
aquaculturefamily.blogspot.com (kononnya blog course tapi dah terbengkalai)
suraualmunawarah.blogspot.com (blog surau kolej kediaman yang dah lama tak update)
dan

jadi untuk blog ladang kongsi ni aku pun saja-saja la test buat
walaupun sebenarnya malas sikit...hihi
maka terciptalah blog yang simple ni
scoaitbatch9.blogspot.com

klik gambar unutk ke blog

jadi buat member-member scoait aku
bantuan anda diperlukan untuk menjadi admin blog ini
bagi mengelakkan terbengkalai dan menerima nasib yang sama
dengan blog saya yang lain....




Read more

1 ::Dia Memang Cantik::

Tuesday, December 21, 2010

malam ni aku update blog
posting versi gambar je banyak
malas mau taip banyak-banyak
Read more

1 ::Jangan Gosok Mata Dulu:::


cuba tengok kat titik hitam kat gambar bawah ni lama-lama
tak mau?
nanti keluar gambar hantu?
tak de la
aku kan baik, tak suka kenakan orang
jadi tengok je la...

klik dulu kat gambar sebelum tengok titik tu



betul kan aku cakap betul
gambar tu akan tukar jadi imej berwarna kan
tapi sebenarnya imej yg bertukar tu adalah imej hitam putih
ni la namanya ilusi optik bukan sihir ataupun jampi ek...

ahli sihir yang hampir berjaya...

Read more

3 ::Ada Apa Pada Nama::

Salam alaik...

dah setahun lebih rasanya aku berblog
dah setahun jugak aku guna url samakun.blogspot.com
dan ramai jugak orang tanya apa la maksudnya samakun tu?
ada jugak orang ingat ada bau-bau jepun sikit maksud samakun tu
macam gabungan sama dengan kun

jadi sebenarnya,
samakun ni aku ambil dari bahasa arab
membawa maksud
 ikan dalam bahasa melayu
sakana dalam bahasa jepun
fish dalam bahasa inggeris

ikan pun boleh graduate ka?
boleh je sebab diorang selalu in school...hehehe


sebab apa aku pilih nama ni?
sebab ikan tu macam best pulak aku rasa
lepas dah bergelumang dengan dunia anak ikan perikanan ni

hihi
tu saja post kali ni

jadi kesimpulannya
belajarlah banyak bahasa untuk kesenangan hidup akan datang

sekian, sari berita terkini...
Read more

0 ::Upgrade::

Monday, December 20, 2010

BLOG INI DALAM PEMBAIKAN
bakal kembali dengan wajah baru

harap bersabar sesabarnya...
Read more

3 ::Pengumuman Yang Sangat Penting::

Sunday, December 19, 2010
Di sini ada satu pengumuman
sangat penting dan mustahak untuk diberitahu...
Sesungguhnya...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




AKU DAH 3 HARI TAK MAKAN NASIK!

itu saja 
Sekian, terima kasih

p/s : Cara diet lama hampir berjaya
p/ss : Makin ghairah hapdate blog sampai lupa makan
p/sss : Bila nak siap design t-shirt SCOAIT ni?

Read more

1 ::Sambung-sambung Macam Puzzle::

Saturday, December 18, 2010
Baru-baru ni Facebook menawarkan halaman wall profile yang baru
tapi ramai yang komen macam buruk la,macam kuno la
aku memulanya memang rasa janggal sikitla
sebab yang bar untuk tengok foto kita semua dah dialih kat bahagian bawah profile picture

tapi tetiba malam ni aku terrayau kat blog seseorang ni
macam mana seorang orang (memang la orang,tak kan haiwan) ni
ubah profile baru dia jadi nampak superb la...

Alexandre Oudin punye Halaman Profail Facebook Yang Baru

maka selepas tu
ramai la makhluk kat Malaysia ni cuba memfollow benda ni
bawah ni antara hasilnya...






dan aku pun tak lepaskan peluang jugak nak try dengan menggunakan gambar ini...


menjadi ini..



hasilnya kurang sikitla sebab baru testing huhu...
kepala mak dengan makcik-makcik aku semua hilang...hahahaha

haa...teruja la tu
mai sini aku ajar korang buat
cuma klik link sini untuk tutorial menggunakan software photoshop dan GIMP
tapi aku guna cara yang kat sini dan sini
jom la cuba
mesti syok punya
terima kasih aku ucapkan pada amanz.my atas informasi ni


Read more

2 ::Di Sini Kami Berkumpul::

Setelah hampir setahun tak pulang ke kampung halaman
akhirnya 11 Disember lepas aku pulang jugak ke tanah air (kononla duk kat oversea)
Kg. Seri Tiram Jaya, tempat lahir aku

sempena dengan majlis perkahwinan abg sepupu aku
dan biasanya kami semua selaku keturunan Sarimon (arwah atok) dan Martiah (arwah nenek) a.k.a SARIMON LEGACY
akan berkumpul untuk rewang sama-sama
dapatlah aku jumpa balik sepupu sepapat, makcik pakcik aku
anak-anak buah pun dah makin bertambah smapai tak dapat cam dah
diorang pun dah tak cam aku ni pakcik diorang

anak buah termuda : nur fitrah aini @ nopid

kimi si budak montel

zikri rajin woo tolong angkat pinggan

ilmi yg cumil

icha (kiri) dan balqis (baju putih)

irdina ngan mamanya

si kembar apis ngan ayis with their sis

tapi yang istimewanya kali ni
setelah jeles dan dengki dengan kaum hawa yang saban tahun berseragam baju mereka
kini kaum adam pulak tampil segak dengan keseragaman masing-masing
tema warna biru menyerang Kg. Seri Tiram Jaya kali ni
layan je la gambar-gambar bawah ni...

kaum hawa pantang nampak kamera


kaum adam segak bergaya

warga SARIMON LEGACY

 Pengantin di hari kejadian


Read more

2 ::Kembali Beraksi::

Friday, December 17, 2010
Salam alaik...

malam ni agak sunyi
budak-budak UMS tak balik lagi dari bercuti
aku?
aku dengan kosmate aku terpaksa korbankan cuti
demi menggapai impian yang pasti
meski berbagai cabaran dan tohmahan dilalui
tetap teguh dan tabah 
moga diberi kekuatan...

ni la kerja kami time cuti ni: menternak ikan

sebenarnya nak bagitau yang aku dah bertekad mahu hidupkan kembali blog ni yg bersawang
dah berbulan kot aku tak hapdate
sibuk punya pasal
tadi tergerak lak nak menodai mencoret kat blog ni
time nak log in sampai lupa dah password..hahahaha
papepun nantikan post yang akan datang
padat dengan informasi,bahan ilmiah disampaikan secara santai

orait, chow dulu

Salam Alaik...
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates