Followers

2 ::Suka Suki Bebudak Aqua Batch 9 UMS::

Sunday, September 19, 2010

walaupun banyak assignment
aku gagah jugak buat video ni
dah siap ulang-ulang tengok
syok pulak...hehehe

UHIBBUKUM FILLAH!
Read more

3 ::1 tahun +++::

Friday, September 17, 2010
salam...

baru sekejap tadi aku belek blog aku
samakun.blogspot.com
scroll punya scroll sampai la mata aku terlekat kat bahagian posting


aku dah mula rasa pelik, rasa sangsi
betul ke apa yang aku nampak ni?
posting yang paling bawah (yang terawal) adalah pada bulan OGOS 2009
sekarang dah bulan SEPTEMBER 2010
Subhanallah, dah setahun rupanya umur blog aku ni
boleh pulak tak sedar kan
ye la, nama pun pemalas tahap gaban itam
memangla baru sedar sebab jarang sangat update
tak boleh lawan blogger macam Zack zukhairi yang dah beratus post dy walaupun tak sampai setahun

sepanjang aku berblog ni rasanya dah 5 blog aku uruskan
2 blog peribadi, 3 blog program dan organisasi
setakat ni yang blog peribadi tu satu je masih bernyawa
yang lagi satu dah menjadi rumah tamu bagi lelabah membuat sarang

Alhamdulillah, banyak yang aku dapat sepanjang berblog ni
yang utamanya adalah berukhuwwah (persahabatan)
meskipun persahabatan maya ni takde la utuh sangat
tapi sekurangnya aku boleh kenal ramai lagi geng-geng yang punya minat sama dengan aku
amirah, blogger yang rajin berblog walking
bagi nasihat.
boleh jumpa balik geng-geng lama 

tapi yang amat la pentingnya
blog ni boleh jadi salah satu medium dakwah
meskipun kita menulis style cincai manepun
asalkan ada diselit pengajaran,kata2 hikmah, potongan hadis atau ayat al-quran
itu dikira juga sebagai dakwah
macam aku
aku lebih suka menulis style santai tanpa mengenepikan elemen dakwah tu sendiri
cara ni boleh attract orang baca lagi dan lagi posting kita tu...
sebab bagi orang Islam wajib bagi mereka untuk berdakwah
walau dengan apa jua cara sekalipun...

apapun ALHAMDULILLAH
aku masih diberi kekuatan mengupdate blog ni
moga usaha ini berterusan...


SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR BLOG KU!
Read more

1 ::Mengubat Rindu Padamu Duhai Ramadhan::

Thursday, September 16, 2010



 Syawal sudah 7 hari mendamping
kegembiraan jelas terpancar di riak wajah umat Islam
anak-anak cilik riang berbaju raya
poket penuh terisi duit raya
sanak saudara yang pernah berbalah dahulu
kini kembali berjabat mesra
mensuci segala kekhilafan dan keegoan
segalanya  indah bila Syawal bertamu

Namun,
aku masih merindu padamu duhai Ramadhan
kenikmatan bersamamu masih utuh dalam ingatan
lalu ku  tekadkan diri
ku kuatkan diri
puasa 6 menjadi pengganti
demi mengubat rindu padamu
DUHAI RAMADHAN yang ku rindui...



"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

JOM PUASA 6 DI BULAN SYAWAL...
Read more

2 ::Raya Yang Bermakna::

Monday, September 13, 2010



Alhamdulillah, aku baru saja menjejakkan kaki ke KK
dari kundasang terus pi pasar filipin abg senior aku mau beli barang sikit
singgah UMS hantar member balik hostel
dan terus balik rumah mak cik senior aku rehat-rehat kejap
maka curik-curik mengupdate blog

raya tahun ni macam biasa aku beraya di Sabah lagi
kali ni Kundasang menjadi destinasi raya aku
rumah senior yang aku paling rapat
aku pergi dengan seorang member bangsa cina
nama dia Voon Hai Ming (nasib korangla kalau korang kenal atau tak)

dengan bertemankan bayu dari Gunung Kinabalu
aku gagahkan diri untuk menahan sebak di pagi raya (walamak,syahdu la pulak)
bangun pagi mandi sunat hari raya dengan air yang membeku
pastu pi solat sunat raya
yang bestnye member cina aku tu pun turut join sama 
dia ikut masuk dewan solat
solat pun ikut-ikut jugak
alhamdulillah

raya pertama hanya beraya di rumah sanak saudara senior aku yang terdekat je
raya kedua la paling raya sakan
hampir 10 buah rumah kami serbu
dari kundasang, inanam, tuaran, penampang
keluar jam 9 pagi balik jam 1 pagi
memang masyuk la
perut pun mengeluh terlampau penuh
kesimpulannya raya kali ni amat bermakna bagi aku
itu saja
layan je la gambar kat bawah ni..


aku dgn voon.belakang tu gunung kinabalu
aku dengan abg ejul
3 generation of aquaculture
tanak wagu kundasang
geng laki-laki
malu-malu lak
makan...
dan makan lagi
ada bakat ni...dslr pinjam je tu..
habis suda...


Read more

2 ::Lebaran Kembali, Karya Kembali::

Monday, September 6, 2010
post kali ni pendek je
tak ada mood mau tulis panjang-panjang pasal raya
sebab aku pun tak dpt balik beraya
papepun

SALAM LEBARAN

mohon kemaafan zahiriah dan batiniah
buat rakan-rakan realiti mahupun maya karin
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates