Followers

7 ::Nostalgia Kanak-Kanak Ribena::

Sunday, June 20, 2010
sekolah rendah
alam persekolahan yang memang meriangkan
time tu sibuk berkejar-kejaran
main pepsi kola dan polis sentri kat tengah-tengah  koridor kelas
bertepuk tampar gadis dan teruna sambil gelak tawa
(jangan menggatal dah besar buat camni.memang kena penampar sulung la dengan member perempuan)
tapi yang best sekali adanya benda-benda free yang kita dapat time tu 
dan tak dapat atau jarang dapat bila dah sekolah menengah dan seterusnya

*****************************************************************

"ok murid-murid.esok bawa berus gigi dan cawan atau kole ye pergi sekolah.esok ada demonstrasi menggosok gigi."

balik rumah je terus menyelongkar rak cawan
sampailah almari simpan pinggan mangkuk dengan cawan yang belum digunakan lagi
objektif utama : cari kole yang paling menyerlah dari kawan lain punya
barulah popular esok
lagi-lagi ada kepala gajah tersembul kat kole tu
pastu cari berus gigi pulak meskipun berus gigi yang baru 
sebab sebelum ni jarang gosok gigi dan berus gigi tu campak entah ke mana sampai hilang

esoknya, masing-masing dah ready pegang kole dengan berus gigi mencangkung berderet tepi longkang


nurse yang cun baik calit la ubat gigi kat berus gigi masing-masing
sambil ditemani gigi yang gila besar dan berus gigi yang gigantic yang amat
nurse pun start la gosok gigi besar tu sambil kami pun ikut jela menggosok gigi masing-masing
walaupun hakikatnya lepas ni berus gigi tu simpan je la buat hiasan kat bilik mandi

time sekolah rendah dulu jugak
femes dengan milo dan kokokrunch free
kalau aku yang kelas dekat dengan tapak perhimpunan
biasanya memang tak concentrate la cikgu mengajar di depan
sebab lori milo @ kokocrunch dah terpacak kat tapak perhimpunan


bila je ada dipanggil giliran kelas aku untuk ambil milo free
memang melompatla
masing-masing jadi baik beratur lurus terus
jadila 1 cup milo yang dapat
kalau ada lebih senap-senyap pi ambil lagi 2nd round..hahaha

RMT a.k.a. Rancangan Makanan Tambahan
biasanya akan diberi kepada pelajar yang taraf ekonomi keluarga mereka rendah


setiap hari time rehat akan disediakan makanan percuma untuk diorang ni
tambah best lagi dapat percuma 2 kotak susu coklat tapi bukan tiap hari la

dan bila pelajar yang dapat RMT tu tak datang
biasanya cikgu akan cari pengganti la
twaran dibuka pada pelajar lain
pe lagi masing-masing berebut mahu ganti
dengan alasan tak baik membazir, jadi boleh tolong makankan
bab makan memang laju
tapi bila cikgu mintak tolong angkat buku pi bilik guru masing-masing tunduk penuh tawaduk
last-last ketua kelas jugak yang kena rajinkan diri...

dan kat sekolah rendah aku dulu
yang paling grand ialah A&W


A&W ni memang femes la
lagi-lagi time sambutan HARI KANAK-KANAK kat sekolah
memang A&W sponsor makanan free la
masyuk amat
sambil dihiburkan dengan maskot beruang gemok tu



nak dijadikan cerita
satu hari tu time perhimpunan pagi
nama aku dan ada lagi sorang diumumkan
terpilih untuk dapat makan kat A&W percuma selama setahun
SETAHUN tu bai
tapi disebabkan kat Shah Alam ada satu je cawangan (dulu kat kawasanTasik Shah Alam)
dan aku bukanlah pemakan makanan segera yang tegar
maka aku biarkan jela borang yang diberikan kosong
borang tu digunakan untuk mencatat berapa kali dah aku pergi makan kat A&W tu
membazir betul aku ni...

*****************************************************************

tu la antara benda free yang hanya aku dapat time sekolah rendah
semuanya memang menjadi nostalgia buat aku
anda pula macam mana?

Read more

7 ::Bertamu Di Tamu::

Sunday, June 13, 2010
sambil meregangkan jari jemari yang dah keras sudah
angkara tak menghapdate blog hampir sebulan
sambil menaip menzahirkan idea yang masih segar dari ladang

hari ni aku dengan group ladang kongsi aku
pi la jual ikan ternakan kami tinggalan senior
keli kami jual dengan harga RM10 sekilo
bukan calang-calang keli
ni keli Afrika sempena World Cup yang baru menjelang
macam-macam aksi la boleh aku snap tadi
malas mau taip bebanyak
layan je la gambar-gambar kat bawah ni

aksi penangkap keli pro

keli yang sedia untuk dijual

gaya tokei ikan..walawei..

team gerai beraksi

gadis flyers berjaya memancing pembeli

budak-budak ni mahu beli seekor benih ikan 2 inci..katenya mau buat ikan hiasan..hehehe

budak ni 2 3 kali ulang alik ke gerai kami...tertarik dengan keli yang aggresif ni

Read more

2 ::Kasihmu Tiada Dua::

Wednesday, June 2, 2010
Senja.
selesai solat maghrib
duty untuk masak 
biasalah duduk kat hostel ni
kena berdikari
sibuk mengacau sardin spesel dalam periuk
tetiba teringat sesuatu
ya...aku tak kan lupa


*****************************************************************


"pang...aduh"
penampar percuma tepat di pipi .tapak tangan ayah yang besar
tepat singgah di pipi mungil aku .hadiah yang setimpal dengan perangai aku

setakat tangan, rotan, tali pinggang memang dah jadi kebiasaan bagi aku
kenakalan zaman kecil yang sukar untuk diungkap
memang padan la dengan perangai aku yang memang bikin ayah aku panas je
sakit tu memang la sakit tapi itupun sehari dua je ingat
lepas tu ulang balik buat perangai
dan tiap kali aku kena dari ayah, ibu la jadi pengubatnya
"ayah tu bukan sengaja pukul angah. ayah nak jadikan angah anak soleh."
itu kata-kata yang sering ibu aku beritahu (kalau tak silap la)
tapi, kenakalan aku tetap berkekalan, sampailah...

"angah potong tangan ibu"
zass..pisau lipat di tangan yang diacah-acah
terkena pada tangan ibu. berdarah
tapi ibu tak marah. sebab dia tahu aku time tu memang tak matang
masuk darjah 5, patah tangan
ibu menunggu di wad
tingkatan 5 pulak patah kaki
ibu jugak yang banyak bantu

bila dah meningkat usia
merantau jauh dari keluarga
PLKN KEM MIRI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
time berjauhan baru la teringat segala kesilapan aku time kecik-kecik dulu
itu lah ibu aku
tetap membalas madu, meski aku beri hempedu




*****************************************************************

ya, hari ni 1hb JUN
hari lahir ibu
dan aku sengaja telefon dia lewat-lewat
sebab aku nak wish kat ibu sebagai orang yang terakhir

SELAMAT HARI LAHIR IBU
MOGA DIBERI KESIHATAN DAN KEKUATAN BERIBADAH 
ANGAH BANGGA DENGAN IBU...
SYUKRAN UMMI...





Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates