Followers

3 ::Antara Aku, Ikan dan Photoshop::

Saturday, October 15, 2011
Alhamdulillah.

Setelah tunggang langgang study, akhirnya aku dah jadi mantan pelajar. Dan kini aku dah nek pangkat jadi pekerja..baru aku tahu betapa payahnya bekerja.

tapi yang agak menjadi tanda tanya orang macam kawan-kawan dan keluarga sendiri, kerja aku sekarang memang lari jauh dari apa yang aku belajar time kat UMS dulu.
 time praktikal kat jepun bulan 5 lepas.kat tengah2 laut jepun tu.


Mane taknye. 3 tahun usaha belajar macam dah tak dapat belajar lagi dalam bidang AKUAKULTUR (ni course yg slalu org tak tahu). 3 tahun main nyorok2 dengan ikan, 3 tahun bertepuk tampar dengan siakap, 3 tahun berpengalaman membunuh ikan.

Tapi sekarang aku kerja jadi GRAPHIC DESIGNER.
walawei, 180km tu jauh.

Tapi tu lah bidang yang aku memang minat sebenarnya.menyesal jugak dulu tak apply course graphic designing. Camne entah aku boleh terjebak ke dalam kancah design mendesign ni.

Yang aku ingat, aku start berjinak2 dengan photoshop time aku sekolah rendah lagi. Bapak aku pi hantar aku dengan kakak aku pi kursus komputer dan aku start dah belajar basic. Masuk matiks lak, sambung menghebatkan lagi skill photoshop aku. dan yang membangkitkan keghairahan aku dengan  kerja design mendesign guna photoshop ni bila aku masuk universiti.

Masuk universiti, aku selalu dikejar oleh pengarah-pengarah program untuk jadi ajk publisiti dan multimedia. aku cube lari tapi diorang tetap laju mengejar aku smpai la aku tak terlari..

.ada jugak orang tanya 
"tak muntah ke jadi ajk yang sama je untuk banyak-banyak program? "
aku jawab
"biaq pi la aku nak jadi papepun" (ok, ni jawapan yang tipu)
(ni jawapn yg betul) "nak wat camnela?dah memang aku addict dengan mentang photoshop ni"

dan itulah kerja aku dulu kat universiti, balik-balik design.balik-balik edit. kadang-kadang tidur tak cukup sebab menanti laptop aku loading  photoshop dengan agak mengengsot angkara RAM 2GB nye.

Sekarang dah habis belajar kerja jugak sebagai GRAPHIC DESIGNER.tapi aku dah makin curang kat cik PHOTOSHOP.lantas dia hampir merajuk bila dapat tahu aku main kayu tiga dengan cik CORELDRAW. Papepun aku tetap minat dengan dunia design mendesign ni. Tapi tetap aku tak lupa ilmu-ilmu yang aku belajar dari bidang AKUAKULTUR. 



jadi untuk tidak melupakan AKUAKULTUR,
aku akan selitkan motif ikan dalam design aku..
boleh ke?
boleh la kannn...
p/s : terharu dengan prof aku yang merestui jejak langkah ku jadi GRAPHIC DESIGNER walaupun dia mahu aku jadi PENTERNAK IKAN...
Read more
 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates