Followers

::Mengukir Memori di Bumi Sakura::

Friday, July 29, 2011
jam 2 am, Chuo Oasis Hotel, Osaka, Jepun
29hb Julai 2011

Alhamdulillah syukur pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
setelah hampir 2 bulan lebih blog ni tak berupdate disebabkan sibuk dengan latihan industri di Jepun
Genap 11 minggu aku dan 12 orang sahabat menabur bakti di bumi Jepun ini.

masih aku ingat bila baru menjejakkan kaki ke sini
ingatan masih tertinggal di Malaysia
suasana, persekitaran cukup jauh berbeza
tiada lagi kelihatan masjid tersergam indah
tiada lagi laungan azan berkumandang tika masuk waktu
tiada lagi teman berjemaah 5 waktu
sungguh aku rindu biah solehah yang dulunya pernah aku rasai

biarpun banyak dugaan sepanjang tinggal di Jepun
Alhamdulillah ibadah tetap menjadi keutamaan
biarpun agak sukar pada mulanya 
namun, alah bisa tegal biasa
bangun seawal 3 pagi unuk bersolat subuh
bersolat di khalayak ramai
semuanya pada mulanya sukar untuk dipraktikkan
namun alhamdulillah masih dikuatkan iman
syukur biah solehah sedari keluarga
mampu mentahsinkan peribadiku biarpun tidak sempurna



miliki keluarga di Jepun yang begitu menjaga kebajikan kami
tak ubah seperti keluarga kandung sendiri
dan tika berpisah melepaskan kami pergi
terlukis kesayuan di wajah mereka
mata bergenang air mata
tanda tautan kasih sudah utuh berpadu antara kami dan mereka
Insyallah kita akan berjumpa lagi jika diizinkanNYA



Insyallah, pagi ini jam 11 akan bertolak ke KLIA,
mengambil transit dan terus pulang ke Kota Kinabalu
moga pengalaman hidup di sini nanti mampu dikongsi bersama generasi baru akan datang

Moga Aku Tetap Istiqamah Dalam Amalan


0 comments:

Post a Comment

"komen mengomen amalan mulia,
jom pakat tulis penuhkannya"

 
DE SOUZA CORNER © 2010 | Designed by Blogger Hacks | Blogger Template by ColorizeTemplates